MAXO adalah formulasi antioksidan yang kuat. Antioksidan dan radikal bebas amat berkait rapat. Radikal bebas adalah molekul yang sangat reaktif yang mengikat dan memusnahkan komponen badan. Radikal bebas dihasilkan dalam tubuh melalui proses metabolik normal seperti penghasilan tenaga, reaksi penyahtoksikan dan mekanisme pertahanan imun. Ia mempercepatkan proses penuaan dan bertanggungjawab untuk serangan penyakit kronik. Sebaliknya, antioksidan melawan kesan radikal bebas.
MAXO adalah gabungan ekstrak daripada biji anggur, teh hijau, rose hip, acerola ceri dan manggis.
Ekstrak biji anggur mengandungi poliphenol, kelas bioflavonoid. Ia adalah bahan kimia tumbuhan yang amat kuat untuk melindungi badan daripada kerosakan oksidatif. Oligomeric proanthocyanidins (OPC) adalah sejenis phenol yang terdapat dalam biji anggur. Ia adalah antioksidan yang lebih kuat berbanding dengan vitamin C dan vitamin E.
Ekstrak teh hijau mengandungi poliphenol, Epigallocatechin Gallate (EGCC) yang berupaya meneutralkan pro-oksidan dan radikal bebas yang mengancam lipid di dalam otak. Ia membantu menghilangkan lemak.
Rose hip adalah buah bunga ros. Ia berkesan terhadap kesakitan osteoartritis dan artritis reumatoid. Ia mempunyai kesan anti radang dan antioksida.
Ekstrak acerola ceri mengandungi vitamin C yang tinggi yang menghalang perubahan warna kulit. Ia merencat pembentukan tyrosinase yang diperlukan untuk pengeluaran melanin. Kurang melanin, kulit kita menjadi lebih putih dan berseri.
Ekstrak manggis bertindak sebagai agen anti bakteria, anti kulat dan anti radang.
Kebaikan
- Membantu mencegah radikal bebas daripada merosakkan tisu dan sel-sel tubuh.
- Membantu mencegah penyakit degeneratif seperti artritis, gangguan peredaran darah, kencing manis, sirosis hati, penyakit jantung dan lain-lain
- Membantu mencegah penuaan pra-matang, perubahan warna kulit, kedutan dan sendi tegang.
- Menguatkan sistem imun kita. Jauhi daripada selsema, batuk dan demam.
Bahan Aktif
- Ekstrak biji anggur, ekstrak teh hijau, ekstrak rose hips, ekstrak ceri acerola dan ekstrak manggis.
Bentuk Produk
- Kapsul sayuran - 90 kapsul / 400mg
Kaedah Penggunaan
- Dewasa : Ambil 2 kapsul, dua kali sehari (selepas makan).
- Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa