Rxidence Compounding merupakan farmasi berdaftar dengan compounding professional yang berlesen. Kami mengutamakan nutrisi, keseimbangan hormone dan senaman. Rxidence berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) yang mematuhi clean room yang steril serta peralatan, bahan-bahan mentah dan peranti penghantaran yang komprehensif, menjurus kearah memberikan pelanggan kami ubat-ubatan tertentu yang berkualiti. Kami berdedikasi untuk menyediakan anda perkhidmatan, pemilihan dan harga kompetitif yang berpatutan.

Rxidence terletak di Puchong, bandar yang dinamik dan berkembang pesat di daerah Petaling, Selangor. Kami bukan sahaja memberikan perkhidmatan untuk pelanggan tempatan, malah pelanggan antarabangasa. Aspek yang penting bagi kami ialah bukan lokasi tetapi servis. Kami percaya bahawa layanan perkhidmatan yang menentukan kami.

Ahli farmasi kami sedia untuk mencadangkan berdasarkan keperluan anda dan berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan preskripsi yang betul. Tambahan pula, kami mempunyai pakar yang juga bersedia untuk menjawab sebarang soalan dan memberikan konsultasi mengenai kesihatan. Ahli-ahli farmasi di Rxidence Compounding bersedia untuk membantu anda berkaitan dengan sebarang masalah mengenai preskripsi anda.

Untuk menyokong penjagaan kesihatan yang berkualiti, ia adalah tanggungjawab Rxidence Compounding Farmasi untuk mendengar, menjaga, dan menyediakan perkhidmatan khusus untuk keperluan individu anda.

Pasukan Pengurusan kami

Pegawai farmasi & kakitangan

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET