Apa itu compounding (pembancuhan)?

Compounding merujuk kepada penyediaan, penimbangan, pengukuran dan pencampuran untuk pesakit tertentu. Compounding dilakukan pada masa preskripsi diterima atau atas keperluan pesakit dan disediakan untuk rawatan pesakit berkenaan sahaja.

Kelebihan compounding

  • Rumusan mengikut keperluan
    • Bentuk penyediaan boleh dipilih mengikut keperluan/kesesuaian. Contohnya, jika pesakit tidak sesuai mengambil dalam bentuk kapsul atau tablet, doktor boleh menukar kepada krim, cecair, atau suppositories.

      • Dos yang variasi (kekuatan)
        • Doktor boleh mengubah dos mengikut keadaan/keperluan pesakit atau jika terjadinya sebarang kesan sampingan. Dos boleh diubah untuk mendapatkan rawatan yang optimum.

          • Formulasi tanpa pengawet dan bahan penyebab alahan
            • Penyediaan compounding tidak memerlukan sebarang excipients (pewarna) atau pengawet tambahan seperti yang banyak terdapat dalam penyediaan komersial.

              Adakah preskripsi diperlukan?

              Ya, preskripsi diperlukan. Walaupun bahan yang digunakan bahan terkawal atau tidak, sebarang penyediaan compounding memerlukan preskripsi.

              Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan ubat pengkompaunan saya?

              Tidak melebihi 3 hari masa bekerja untuk menyiapkan persediaan.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET