Diabetis adalah penyakit metabolik di mana seseorang mempunyai gula darah yang tinggi. Diabetis jenis 1 adalah akibat daripada kegagalan badan untuk menghasilkan insulin dan sering memerlukan suntikan. Ini adalah disebabkan sel-sel beta Langerhans dalam pankreas kehilangan ciri-ciri penghasilan insulin. Diabetis jenis 2 adalah hasil daripada rintangan insulin, satu keadaan di mana sel-sel gagal menggunakan insulin dengan normal, kadang-kadang digabungkan dengan kekurangan insulin. Simptom biasa termasuk kencing kerap, sentiasa letih, dahaga dan lapar, masalah seks, jangkitan faraj, kekurangan berat badan secara tiba-tiba, penglihatan kabur dan luka yang tidak sembuh.
ETERNAL GLYSOMIN merupakan makanan supplement semula jadi untuk mengawal kencing manis, menjana semula pankreas dengan mengurangkan pengambilan insulin. Ia adalah gabungan ekstrak tumbuh-tumbuhan, iaitu gymnema, amla, kayu manis, daun banaba, akar scutellaria (akar skullcap), akar gravel dan daun blueberi.
Gymnema mengandungi bahan aktif, asid gymnemic yang mampu meniru molekul glukosa. Ia mengisi lokasi reseptor dalam lapisan luaran penyerapan usus dan menghalang usus daripada menyerap molekul gula semasa penghadaman.
Amla adalah formula peremajaan dalam perubatan Ayurveda. Ia mengandungi vitamin C yang tinggi dan bertindak sebagai anti penuaan. Ia menggalakkan panjang umur, meningkatkan penghadaman, membersihkan darah dan membantu mengekalkan paras gula darah.
Cinnamon mengandungi cinnamaldehyde yang bertindak terhadap bakteria dan kulat. Ia membantu peredaran darah periferal. Ia memanaskan badan dan meningkatkan penghadaman, terutamanya metabolisme lemak. Ia amat berguna untuk masalah penghadaman, kencing manis, jangkitan yis dan pendarahan rahim.
Daun Banaba mengandungi asid corosolic semula jadi yang mampu meniru tindakan insulin. Ia membantu dalam metabolisme glukosa.
Akar Scutellaria juga dikenali sebagai "akar skullcap" atau "huang qin". Ia mengandungi bioflavonoid, baicalin. Ia adalah bahan kimia tumbuhan yang amat kuat untuk melindungi badan daripada kerosakan oksidatif. Ia bertindak sebagai antioksidan dan anti-keradangan.
Kebaikan
- Menyokong metabolisme glukosa yang sihat dengan mengawal penghasilan dan aktiviti insulin serta meningkatkan fungsi pankreas.
- Mengekalkan keseimbangan glukosa dalam badan dan mengangkut glukosa dari darah ke sel-sel lain.
- Mengurangkan kebimbangan, keletihan, intoleransi glukosa dan menghalang metabolisme asid amino yang tidak sempurna.
- Bertindak sebagai anti-radang, antioksidan, anti-bakteria dan anti-kulat.
Bahan Aktif
- Gymnema, amla, kayu manis, daun banaba dan akar scutellaria (akar skullcap) akar gravel, daun blueberi.
Bentuk Produk
- Kapsul sayuran - 90 kapsul
Kaedah Penggunaan
- Dewasa : Ambil 2 kapsul sehari (selepas makan).
- Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa
Ia adalah penting untuk mengambil GLYSOMIN bersama-sama dengan EPIMAX dan ALA bagi mengekalkan keseimbangan glukosa.