Untuk Prostat & Saluran Kencing Ginjal
Prostat ialah kelenjar seks lelaki bentuknya merupai donat, ia terletak di bawah pundi kencing. Prostat menghasilkan cecair prostatik yang membentuk sebahagian besar mani lelaki, menyuburkan dan mengangkut sperma. Masalah prostat yang paling umum adalah prostatitis (keradangan prostat) dan benign prostatic hypertrophy (BPH) atau prostat membesar.
Hampir 85% daripada jangkitan saluran kencing adalah disebabkan oleh E.coli, bakteria yang biasanya terdapat dalam usus. Chlamydia juga boleh menyebabkan masalah pundi kencing. Bagi wanita, bakteria melalui pencemaran najis atau daripada rembesan faraj boleh sampai ke pundi kencing melalui saluran uretra.
Saw palmetto mengandungi capric, bahan aktif yang bertindak sebagai bahan diuretik dan antiseptik kencing. Ia menghalang pengeluaran dihydrotestosterone, hormon yang menyebabkan masalah pembesaran prostat.
Biji benih labu dan Pygeum africanum adalah formulasi pencegahan yang baik untuk masalah prostatitis dan BPH.
Cranberry mengandungi alfa D-mannopyranoside, bahan aktif yang mempunyai keupayaan mengasidkan air kencing dan menghalang bakteria daripada melekat pada pundi kencing. Ia adalah sangat berfaedah untuk mengatasi jangkitan saluran kencing.
Corn silk mengandungi alkaloid. Tumbuh-tumbuhan yang mengandungi alkaloid telah digunakan oleh manusia sejak zaman purba untuk tujuan terapeutik. Ia bertindak sebagai diuretik. Ia membantu pundi kencing, buah pinggang dan membuang lendir dari air kencing.
Debunga lebah dihasilkan oleh anthers tumbuhan berbunga dan dikumpulkan oleh lebah. Ia mempunyai kesan antimikrob.
Kebaikan
- Membantu mengekalkan saluran kencing yang normal dan sihat, mencegah masalah jangkitan pundi kencing, cystitis (keradangan pundi kencing) dan jangkitan buah pinggang.
- Bagi lelaki, ia melindungi dan mengekalkan prostat yang sihat.
- Mengatasi radang prostat dan pembesaran prostat di kalangan lelaki.
- Digunakan sebagai ubat untuk atrofi testis, mati pucuk dan libido yang rendah di kalangan lelaki.
- Bagi wanita, ia membantu masalah rahim, jangkitan saluran kencing dan melegakan kesakitan kekejangan.
- Mempunyai kesan antimikrob.
Bahan Aktif
- Saw palmetto, biji benih labu, pygeum africanum, cranberry, silk corn, debunga lebah.
Bentuk Produk
- Kapsul sayuran - 90 kapsul / 500mg
Kaedah penggunaan
- Dewasa : Ambil 2 kapsul, dua kali sehari (selepas makan).
- Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa