Sumber Gel Aloe Vera adalah daripada tumbuhan semulajadi, Aloe Vera. Aloe Vera digunakan di seluruh dunia sebagai penjagaan kesihatan yang efektif. Keberkesanan Aloe Vera adalah disebabkan oleh kehadiran enzim dan flavonoid semula jadi, yang kekal dan stabil dalam proses pembuatan yang khusus.
Produk ini adalah gel penyembuhan yang mempunyai kebaikan berikut
- Boleh digunakan sebagai pelincir semasa prosedur penggunaan Kopi Enema.
- Sebagai pembersih semula jadi
- Mengurangkan kesakitan (luka ringan akibat terbakar, jerawat, gigitan serangga, sengatan dan ruam kulit).
- Membunuh mikroorganisma termasuk bakteria, virus dan kulat.
- Sebagai pelembap yang baik (boleh digunakan sebagai topeng muka cuti atau krim malam)
- Mengandungi pelbagai vitamin dan mineral