Sudah berabad-abad lamanya manusia telah menggunakan cuka epal cider semula jadi sebagai bahan makanan dan perubatan. Sejak 400BC, Hippocrates, bapa perubatan moden dan lain-lain, telah menggunakan cuka sebagai tonik tenaga dan penawar penyembuhan.
Cuka epal cider RXIDENCE merupakan produk yang benar-benar asli, hasil daripada penapaian jus epal kepada epal cider dengan kehadiran probiotik diikuti oleh penapaian kedua untuk cuka sider epal. Ia mengekalkan semua khasiat epal dan diperkayakan dengan probiotik, bakteria baik yang memainkan peranan penting dalam sistem usus kita.
Selain itu, ia mengandungi 'ibu' cuka. Asid seperti asid asetik, asid laktik, asid sitrik dan asid malic dan enzim juga dihasilkan ketika dalam 2 langkah penapaian tersebut.
Produk ini tidak ditapis, tak panas dan unpasteurized, tanpa ditambah bahan kimia, bahan tambahan atau pengawet.
Kebaikan
- Membantu mewujudkan persekitaran yang berasid dalam perut kita untuk proses penghadaman yang lebih baik.
- Membekalkan bakteria baik dalam sistem usus kita.
- Mengatasi gas yang berlebihan, kembung usus, ketoksikan sistematik dan sembelit.
- Digunakan sebagai bahan kumur mulut
- Untuk kopi enema.
- Digunakan untuk membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menghilangkan kekotoran.
- Untuk memasak dan sos salad.
- Diunakan dalam douches untuk penjagaan kebersihan wanita.
- Sesuai untuk pesakit diabetes kerana boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah.
Ramuan Aktif
- Cuka epal sider
Bentuk Produk
- Cecair - 500ml
Kaedah penggunaan
- Dewasa : Tambah satu sudu cuka epal sider dalam secawan air (200-250ml), kacau dan minum segera. Ambil dua kali sehari sebelum makan. Jangan campurkan dengan air suam atau panas.
- Kanak-kanak : 1/2 daripada dos dewasa.