Apa itu menopaus?

Menopaus adalah satu fenomena biologi semula jadi yang akan dialami oleh setiap wanit. Menopaus biasanya berlaku kepada wanita yang berumur awal 50an sehingga 60an, tanda-tanda perubahan sudah dapat dilihat ketika akhir 40an. Pada ketika ini, ovari berhenti menghasilkan telur, kitaran haid menjadi kurang kerap dan akhirnya berhenti, dan hormone estrogen dan progesterone juga menurun. Menopaus tidak berlaku dalam sekelip mata, ia adalah satu proses yang berlaku secara perlahan-lahan. Wanita itu dikatakan menopaus apabila dia tidak datang haid selama 12 bulan. Menopaus juga berlaku apabila melakukan pembedahan membuang ovari dan uterus. Mempunyai sejarah keluarga yang menopaus awal juga mempengaruhi seorang wanita untuk mempunyai awal menopaus. Faktor-faktor lain yang menyebabkan seseorang itu menopaus awal ialah merokok dan tidak pernah mengandung.

Semasa menopaus, akan ada penurunan tahap estrogen yang memberi kesan serotonin (neurochemical) yang menyebabkan mood wanita berasa baik, bertenaga dan boleh memberi tumpuan dengan lebih jelas. Apabila serotonin berkurangan wanita mula akan merasa kurang bersemangat dan kemurungan mungkin berlaku.

Kemurungan dan simptom-simptom menopause yang lain akibat daripada penurunan hormone menyebabkan ramai wanita yang mencari langkah untuk menangani masalah ini.

Tanda-tanda fizikal & Simptom-simptom Menopaus

(Tidak semua wanita menopaus mengalami simptom ini).

  • Rasa panas tiba-tiba : tiba-tiba terasa haba yang bermula di pinggang atau dada dan seterusnya ke leher dan muka dan kadang-kala sehingga seluruh badan. Ini kebiasaanya berlaku pada waktu petang dan semasa cuaca panas. Ia boleh berlaku setiap 90 minit. Rasa panas ini boleh terjadi selama 15 saat hingga 30 minit. 75-80% wanita menopaus mengalami rasa panas ini. Palpitasi jantung juga boleh berlaku ketika rasa panas tiba-tiba ini terjadi.
  • 2. Haid yang tidak teratur (ia berbeza, antaranya):

    1. Tempoh haid semakin singkat dan sedikit selama dua tahun atau lebih.

    2. Haid berhenti untuk beberapa bulan dan kemudian mula semula tetapi jarak datangnya haid semakin lama.

    3. Darah haid yang banyak dan/atau adanya darah-darah beku yang banyak. Ini boleh menyebabkan berlakunya anemia.

  • Kekeringan faraj : disebab kan oleh perubahan hormon. Dinding faraj juga menjadi semakin nipis. Masalah ini boleh menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa ketika hubungan seks dan boleh menyebabkan kerengsaan dan meningkatkan risiko jangkitan.
  • Masalah pada kawalan pundi kencing (senang membuang air kecil ketika batuk, bersin, ketawa dan bersenam)
  • Pening dan sakit kepala
  • Perubahan pada kulit dan rambut. Kulit berkedut , pertumbuhan bulu pada muka tetapi penipisan rambut di kepala.
  • Kekuatan otot semakin berkurang
  • Tulang menjadi lebih rapuh , peningkatan risiko terjadinya osteoporosis
  • Risiko serangan jantung meningkat apabila tahap estrogen menurun.

Tujuan terapi penggantian hormone bio-identical (BIHRT) ini bukan sahaja untuk mengurangkan simptom-simptom menopaus, peri-menopaus dan andropos (menopause untuk lelaki), tetapi boleh untuk memperbaiki keseimbangan hormon dan memberikan kesihatan badan yang optima seperti fungsi hormon sebenar.

Sebarang hormone, dos dan cara pengambilan adalah mengikut nasihat doctor-doktor yang bertauliah, pesakit perlu menjalani ujian darah terlebih dahulu untuk mengetahui tahap setiap hormone.

Terdapat beberapa cara penggunaan BIHRT bergantung kepada simptom. Hormon-hormon di Rxidence Compounding adalah dalam bentuk krim, kapsul dan suppositories . Doktor akan menentukan dos hormone dan suplemen yang perlu diambil untuk setiap orang.

Perubahan Emosi
  • Mudah marah
  • Mood berubah-ubah
  • Kurang tumpuan, kurang ingatan.
  • Ketegangan, keresahan dan kemurungan.
  • Insomnia yang disebabkan oleh rasa panas tiba-tiba yang menganggu tidur.

Terapi Penggantian Hormon Bio-identical (BHRT) ini dikenali sebagai terapi yang paling berkesan untuk menangani simptom-simptom menopaus dengan menjalankan gaya hidup sihat, sokongan sosial dan terapi.

Pengambilan estrogen dan progesteron boleh membantu mengurangkan simptom awal menghampiri menopaus.


Oleh itu BIHRT sering memerlukan gabungan antara estrogen dan progesteron. Pada kebiasaanya, wanita hanya perlu BIHRT untuk beberapa tahun selepas menopaus sahaja. Estrogen boleh mengurangkan rasa panas tiba-tiba, kekeringan faraj, masalah kencing, dan insomnia. Ia juga boleh meningkatkan mood seseorang. Sesetengah wanita merasakan bahawa BIHRT dapat meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. BIHRT boleh mengurangkan risiko osteoporosis. Estrogen boleh membantu mengelakkan penyakit jantung.

Kesan-kesan sampingan BIHRT biasanya minimum jika fisiologi hormon (dos hormon oleh badan sendiri) yang seimbang dengan bio-identical. Walau bagaimanapun, tiada kesan sampingan berlaku.

Dominasi estrogen (paras estrogen yang berlebihan) sama ada lebihan itu berlaku secara semula jadi atau akibat daripada BHRT, boleh diselesaikan dengan mekanisme semula jadi progesteron dalam badan.

Kajian telah menunjukkan keberkesanannya dalam mengurangkan risiko kanser payudara dan penyakit kardiovaskular.

Penyakit jantung

Pada Mac 2011, jurnal perubatan, Menopaus, menerbitkan penemuan The California Teachers Study (CTS), iaitu analisis pengukuran jangka masa panjang yang mengukur dan mengkaji kesan-kesan terapi hormon samaada tradisional atau bio-identical (BIHRT). Dengan menggunakan 71,000 orang pesara guru wanita yang berumur di antara 30-90 sebagai calon, dan pemerhatian ini dijalankan selama sembilan tahun. Kajian CTS mendapati bahawa wanita yang berumur 34-59 mengalami penurunan risiko penyakit jantung dengan penggunaan terapi hormon, manakala wanita yang berumur 70-84 didapati tiada peningkatan risiko penyakit jantung. Berbanding dengan WHI (Women's Health Initiative), keputusannya adalah konsisten - didapati wanita yang berumur 50-59, juga mengalami penurunan risiko penyakit jantung, manakala mereka yang tidak menerima terapi hormon mengalami risiko yang meningkat.

Kanser payudara

Pada tahun 2005, Jurnal Antarabangsa Kanser menerbitkan hasil kajian daripada Perancis yang mengkaji risiko kanser payudara dengan pengambilan pelbagai jenis terapi hormon. Hasil kajian ini mendapati bahawa sedikit hingga tiada langsung penyakit-penyakit yang disebab kan oleh gabungan terapi hormone bio-identical (semula jadi) estrogen dengan bio-identical (semula jadi) progesterone.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET