Apa itu DHEA (Dehydroepiandrosterone)?
  • Satu hormon endogen (yang dihasilkan didalam tubuh manusia) yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal.
  • Steroid yang paling banyak didalam badan.
  • kumpulan hormon seks bagi lelaki dan perempuan (androgen dan estrogen).
  • Bertindak sebagai hormon precursor (memainkan peranan dalam pengeluaran dan fungsi banyak hormon lain di seluruh badan).
  • Juga dikenali sebagai "ibu segala hormon" kerana ia diperlukan untuk membantu mencapai kematangan dan untuk menjaga sistem yang betul untuk kesihatan dan sistem dalaman badan.
Bagaimana badan menghasilkan DHEA?
  • Kolesterol dalam badan adalah bahan permulaan untuk penghasilan semua hormon steroid. Dalam kelenjar adrenal, kolesterol ditukar kepada Pregnenolone. Pregnenolone kemudiannya ditukar kepada DHEA.
  • DHEA boleh dimetabolismekan ke dalam hormon seks lain, termasuklah testosteron, estrogen, dan 150 metabolit lain.
Apakah fungsi DHEA untuk badan?
  • Berfungsi sebagai androgen (hormon lelaki) dengan aktiviti anabolik. Anabolik merujuk kepada pembinaan atau sintesis tisu.
  • Adalah precursor yang bertukar kepada testosteron (hormon lelaki). Dan juga precursor kepada estrogen (hormon anabolik perempuan).
  • Menjana hormon seks lelaki dan wanita semasa persetubuhan. (Ini adalah amat penting dalam mewujudkan keseimbangan hormon di dalam badan manusia untuk sistem pembiakan yang betul).
  • Memainkan peranan yang penting untuk rawatan penyakit kencing manis, kerana pertambahan dan pengurangan DHEA adalah petunjuk yang jelas ketidakseimbangan paras insulin dalam darah. (Oleh itu, adalah penting bagi pesakit diabetes untuk menjaga paras DHEA mereka untuk mengawal paras gula dalam darah).
  • Bertindak sebagai satu faktor penting dalam proses membina otot. (Ini adalah kerana, DHEA membantu meningkatkan pengaliran darah yang seterusnya memberi tenaga untuk mengangkat barang-barang berat dan membina jisim otot).
  • Berupaya untuk memerangi penyakit auto-imun, obesiti, demensia nyanyuk, osteoporosis, sindrom keletihan kronik dan kemurungan.
  • Juga digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes jenis 2, kemurungan, HIV dan lupus.
  • Membalikkan penekanan imun yang disebabkan oleh paras kortisol yang berlebihan, sekali gus meningkatkan rintangan terhadap virus, bakteria dan Candida albicans, parasit, alergi, dan kanser.
  • Merangsang pemendapan tulang dan pembentukan semula untuk mencegah osteoporosis.
  • Meningkatkan status kardiovaskular dengan mengurangkan jumlah kolesterol dan paras LDL, dengan itu mengurangkan kejadian serangan jantung.
  • Meningkatkan jisim otot. Mengurangkan peratusan lemak badan.
  • Terlibat dalam penukaran kelenjar tiroid iaitu T4 yang kurang aktif untuk T3 yang lebih aktif.
  • Membalikkan kesan-kesan oleh kortisol yang berlebihan, meningkatkan tenaga/ kualiti hidup, tidur, gejala prahaid, dan kejelasan mental.
  • Mempercepatkan pemulihan daripada apa-apa jenis tekanan akut (contohnya: tidak cukup tidur, senaman yang berlebihan, tekanan mental, dan lain-lain).

Menurut satu kajian baru-baru ini yang dijalankan ke atas penggunaan DHEA keatas pesakit HIV/AIDS, ia dapat membantu mereka mengubati kemurungan dan juga meningkatkan tenaga mereka. Dalam kes-kes yang jarang berlaku juga melaporkan bahawa dos DHEA boleh membantu pesakit HIV meningkatkan sistem imun mereka.

Sejak lahir, kedua-dua lelaki dan wanita secara perlahan-lahan menghasilkan DHEA sehingga umur 25 tahun. Selepas usia 25 tahun kita mengeluarkan kira-kira kurang 2% setahun pada setiap tahun. Jadi pada usia 35, kita membuat kira-kira 20% kurang dari yang kita hasilkan pada usia 25tahun.

Wanita yang mempunyai paras yang lebih rendah, kehilangan DHEA lebih cepat berbanding lelaki apabila semakin tua. (Orentreich 1984).

Paras DHEA juga berbeza-beza mengikut etnik (Orentreich 1984; Lacroix 1992; Hornsby 1995). Pada usia 70 tahun, kebanyakan orang mengahsilkan sejumlah DHEA yang minima.

Selepas umur 30 tahun, paras DHEA mula berkurangan, dan ini membawa kepada penuaan.

Ketidakseimbangan DHEA biasanya membawa kepada ketidakseimbangan hormon lain, seperti estrogen, testosteron dan kortisol.

Secara umumnya, bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit atau jika sedang menderita dengan apa-apa penyakit paras DHEA nya lebih rendah berbanbing dengan orang normal.

Punca lain kekurangan DHEA
  • Pengambilan diet yang kurang nutrisi dan diet rendah kalori
  • Tekanan dan gangguan emosi seperti kemurungan

Paras DHEA adalah rendah di kalangan mereka yang menghidap anoreksia dan AIDS

Simptom-simptom kekurangan DHEA
  • Keletihan
  • Kehilangan kekuatan dan jisim otot
  • Kemurungan
  • Sakit sendi
  • Nafsu seks menurun (terutama bagi wanita)
  • Fungsi imun yang lemah
  • Daya ingatan yang lemah
  • Sukar untuk mengurangkan berat badan
  • Kulit dan mata kering

Apabila paras DHEA rendah, sistem imun badan lemah, maka badan lebih cenderung untuk terdedah dengan pelbagai jangkitan dan mudah/kerap jatuh sakit. Oleh itu, penghasilan DHEA yang kurang boleh menyebabkan peningkatan bakteria, virus dan mikrob lain dalam badan.

Pesakit dengan DHEA rendah juga mengadu mempunyai gangguan tidur. Hormon DHEA juga dihasilkan dalam neuron otak. Walaupun ia dihasilkan dalam jumlah yang kecil di dalam otak, penurunan DHEA boleh mengurangkan keupayaan pemikiran.

Paras DHEA menurun juga dikaitkan dengan penyakit jantung, kolesterol tinggi, kemurungan, keradangan, masalah imun, skizofrenia, penyakit Alzheimer, kencing manis, HIV, dan osteoporosis (Hauffa 1984; Valenti 2002; Valenti 2004).

Apakah kebaikan DHEA
  • Meningkatkan kepadatan mineral tulang
  • Meningkatkan tahap testosteron
  • Mengembalikan jisim otot
  • Meningkatkan nisbah lemak badan
  • Meningkatkan memori
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menggalakkan fleksibiliti
  • Meningkatkan ketahanan badan
  • Meningkatkan rasa kesejahteraan
  • Meningkatkan libido
  • Memberikan kesan yang baik untuk atrofi kulit (penipisan lapisan atas kulit), diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) dan obesiti.
  • Memberi kelebihan di kalangan wanita menopaus kerana ia mengkompensasi penurunan rembesan DHEA oleh adrenal.
Dua sebab penting mengapa formulasi bio-identical krim DHEA digunakan berbanding kapsul.
  • Apabila DHEA diambil secara oral, kebanyakan DHEA ditapis apabila melalui kesan laluan pertama di hati. Hanya baki, iaitu DHEA sulfat (DHEA-S) masuk ke dalam aliran darah.
  • Penggunaan oral DHEA telah disyorkan oleh profesional kesihatan selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, DHEA dan DHEA sulfat tidak sama dan tidak ditukar didalam badan. Ini bermakna, badan boleh menghasilkan DHEA-S dari DHEA, tetapi badan tidak boleh menghasilkan DHEA dari DHEA-S. Selain itu, paras darah DHEA-S adalah 300 kali lebih tinggi daripada orang-orang yang tiada DHEA. DHEA merupakan tapak bagi banyak hormon seks sedangkan DHEA-S tidak. Oleh itu, krim Transdermal DHEA adalah lebih sesuai. Ini dibuktikan dalam penyelidikan perubatan yang dilakukan oleh Dr. Fabian Hammar yang diterbitkan dalam Jurnal Klinikal Endokrinologi & Metabolisme.
  • Metabolisme DHEA berlaku di kulit, dibuktikan oleh Dr. Fernand Labrie dan pasukan penyelidik Kanada dalam satu kajian pada Februari 2008. Kebanyakan DHEA sebenarnya digunakan oleh kulit, atau dermis.
  • Penggunaan DHEA berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain. Sesetengah pesakit, hanya sedikit DHEA ditukarkan kepada estrogen, manakala selebihnya ditukar kepada testosteron. Manakala pesakin lain, adalah sebaliknya. Dalam situasi ini, pengambilan pil DHEA boleh mencetuskan ketidakseimbangan hormon dan memburukkan lagi masalah tersebut.
  • Oleh itu, ujian lengkap untuk mengetahui paras hormon lain dalam badan (estrogen dan testosteron) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menentukan dos DHEA. Selain itu, paras testosteron dan estrogen dalam badan pesakit yang mengambil DHEA perlu dipantau dengan kerap.
Terdapat kajian yang menyokong bahawa gaya hidup yang sihat dapat meningkatkan paras DHEA dalam badan
  • Kehidupan yang tenang dan bahagia
  • Melakukan aktiviti yang membawa kepuasan dan keseronokan
  • Mengikut rutin senaman
  • Terlibat dalam mana-mana sukan atau aktiviti riadah yang boleh menaikkan mood dan sekaligus dapat meningkatkan lagi tahap DHEA.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET