Hormon memainkan peranan yang amat penting dalam isu-isu terapeutik dan juga isu-isu kesihatan umum. Lelaki dan wanita semuda 20 tahun juga boleh mengalami masalah kekurangan hormone tertentu.

Oleh itu, terapi penggantian hormone bio-identical (BIHRT) ini dapat mengimbangkan badan kita seperti semula jadi. Krim topikal dan kapsul BIHRT ini boleh memulihkan masalah ketidak seimbangan hormon sejak lahir. BIHRT ini merupakan suplemen untuk lelaki dan wanita yang rendah estrogen, progesteron, dan testosterone kerana sumeber bagi BIHRT ini ialah dari tumbuh-tumbuhan semula jadi (soya dan lain-lain). Cara administrasi adalah secara oral dan topical, serta dosnya mengikut keperluan/keadaan pesakit tersebut. Maka BIHRT ini boleh dikompoun mengikut dos tersendiri.

Kebaikan

Hormon adalah penting untuk membaiki dan mengawal selia fungsi badan kita, dan apabila penuaan menyebabkan pengeluaran hormon menurun, ia mengurangkan keupayaan badan kita untuk memperbaiki dan mengawal selia sendiri. Ini mungkin akan memberi kesan kepada seluruh mekanisme. Oleh itu, BIHRT membantu memulihkan kembali hormone dalam badan lantas melambatkan proses penuaan.

Selain daripada melambatkan proses penuaan, BIHRT juga boleh:
  • Membantu mengurangkan/menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Sindrom Pra-haid (PMS), symptom premenopausal /putus haid , kitaran haid yang tidak teratur, pendarahan rahim, rasa panas dan Osteoporosis.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mempercepatkan pembakaran lemak, penurunan berat badan meningkat
  • Mengurangkan berpeluh malam dan insomnia
  • Meningkatkan Nafsu seks
  • Melindungi dari fibrocystic payudara
  • Membantu memperbaiki masalah daya ingatan dan pemikiran yang tidak focus
  • Menghalang penipisan faraj dan kekeringan
  • Meningkatkan tenaga dan mengurangkan kemurungan.
  • Menjaga tulang dari osteoporosis dan menggalakkan pertumbuhan tulang.
  • Meningkatkan peredaran darah

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET