Apakah itu Progesterone?
  • Progesterone ialah salah satu daripada hormon seks.
  • Progesterone merupakan satu daripada dua kumpulan hormone pembiakan yang utama, selain Estrogen.
  • Ia dihasilkan oleh ovari wanita yang menstruasi.
  • Ia secara utamanya ialah hormon kesuburan dan kehamilan.
Fungsi-fungsi progesterone dalam badan adalah (sebahagian daripada fungsi)
  • Memainkan peranan dalam menyeimbangi kesan estrogen terhadap tubuh badan.
  • Untuk meningkatkan jangka hayat dan perkembangan embrio dan fetus didalam uterus.
  • Untuk memberikan teras kesan biologi yang luas
  • Mengekalkan paras insulin dalam badan
  • Menyokong nafsu seks
  • Mencegah pertumbuhan tisu payudara yang lebih cepat
  • Melindungi daripada penyakit cystic
  • Bertindak sebagai prekursor (blok binaan) hormone-hormon steroid yang lain (contohnya: estrogen, testosterone, dan kortisol)
  • Membantu dalam Sistem Saraf Pusat menghasilkan kesan penenang (anti kemurungan semula jadi), membaiki corak tidur, menguatkan memori dan kebolehan pemahaman
  • Berkerja dengan Estrogen untuk membantu dalam regulasi tindakan sel yang membentuk tulang baru dan mengurangkan kesan kortikosteroid mineral, seperti kortisol yang penting dalam mengurangkan pengumpulan air dan kembung.
Simptom-simptom jika paras progesterone rendah ialah (sebahagian daripada simptom)
  • Hot flashes
  • Berpeluh waktu malam
  • Insomnia
  • Kekeringan vagina
  • Kesukaran untuk memberi tumpuan
  • Ingatan merosot
  • Kemurungan
  • Kitaran haidn tidak teratur
  • Mudah marah
  • Jangkitan saluran kencing yang kerap (UTI)
  • Senggugut yang teruk
  • Sakit sendi
  • Payu dara sakit
  • Kulit kering
  • Hipoglisemia
  • Keletihan
  • Kekurangan libido
Punca paras progesterone yang rendah
  • Menopaus
  • Masalah dengan ovulasi.
  • Keguguran.
  • Stress yang kronik.
  • Sindrom Polycystic ovarian (PCOS)
  • Kerintangan insulin
  • Penghasilan estrogen yang berlebihan
  • Kekurangan zat makanan
  • Ubat-ubatan hormon tertentu
  • Kecacatan Kromosom (menurut " Comprehensive Gynecology")
Fungsi-fungsi Vagina Progesterone kepada Wanita
  • Untuk mengimbangi atau menghalang kesan Estrogen. Jika kesan estrogen ini tidak dihalang ia akan menigkatkan risiko kanser payudara dan kanser peranakkan.
  • Prekursor kepada kebanyakkan hormon steroid lain; penggunaannya dapat meningkatkan keseimbangan hormon selepas menopaus.
  • Merangsang pembinaan-tulang dan seterusnya membantu dalam mencegah terjadinya osteoporosis.
Bahan Aktif
  • Progesterone 90mg + Glutathione 50mg + Vit D3 supositori.
  • Progesterone 180mg + Glutathione 50mg + Vit D3 supositori.
Bentuk Produk
  • 30 supositori / set
Langkah penggunaan
  • Bagi wanita: Masukkan 1 Vagina Progesterone supositori kedalam vagina sebelum tidur pada hari ke-5 sehingga hari ke-25 kitaran haid anda.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET