Apa itu hormon tiroid?

Triiodothyronine (T3) dan Thyroxine (T4) adalah hormon tyrosine yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid yang dirembeskan ke dalam darah dan kemudian dibekalkan kepada setiap tisu di dalam badan.

Apakah fungsi hormon tiroid? (Umum)
  • Mengawal metabolisme
  • Membantu badan menggunakan tenaga dan mengekalkan haba
  • Mengekalkan fungsi otak, jantung, otot dan organ-organ lain.
Fungsi ringkas triiodothyronine (T3)
  • Mengawal pertumbuhan dan pembinaan
  • Membantu mengawal metabolisme badan dan suhu
  • Bertindak untuk menghalang rembesan thyrotropin (hormon yang mengawal pengeluaran hormon tiroid) oleh kelenjar pituitari (sistem tindak balas negatif)
  • Bertindak sebagai hormon tiroid yang paling aktif dan memberi kesan kepada semua proses dalam badan, termasuklah ungkapan gen.
Fungsi ringkas Thyroxine (T4)

Memainkan peranan dalam mengawal kadar metabolik basal (BMR), pengeluaran tenaga, sistem kardiovaskular, kesihatan tulang, sistem saraf pusat, sistem pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan, dan sistem pencernaan.

Apa itu BMR?

  • BMR (kadar metabolik basal) adalah kadar di mana tenaga yang digunakan oleh organisma pada keadaan rehat atau jumlah tenaga yang diperlukan oleh badan dalam satu hari.
  • Ia diukur dengan jumlah haba yang dibebaskan per unit masa, - kalori yang dilepaskan per kilogram (berat badan) ATAU per meter 2 permukaan badan per jam.

Bagaimanakah Thyroxine membantu dalam mengawal kadar BMR?

  • Thyroxine mengawal kelajuan metabolisme dan jumlah tenaga yang dikeluarkan. Di dalam setiap sel terdapat organel kecil yang menghasilkan tenaga dipanggil mitochondria. Thyroxine mengawal BMR dengan meningkatkan kepekatan mitokondria dalam sel dan meningkatkan tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria

Bagaimanakah Thyroxine menghasilkan tenaga?

  • Ia mengawal lipid, karbohidrat, dan metabolisme protein.
  • Ia mempercepatkan penukaran sel-sel lemak kepada asid lemak dan gliserol yang boleh digunakan sebagai tenaga dalam badan.

Metabolisme karbohidrat membekal tenaga yang banyak dan cepat kepada badan.

Ujian TSH (Tiroid Stimulating Hormone) dilakukan untuk menentukan aktiviti kelenjar tiroid. Ia melibatkan pengukuran kepekatan hormon perangsang tiroid (TSH) dalam serum darah.

Perubahan dalam paras TSH dalam darah menandakan terdapat masalah pada kalenjar tiroid. Apabila T3 dan T4 adalah terlalu tinggi, rembesan TSH berkurangan, dan apabila T3 dan T4 adalah rendah, TSH rembesan bertambah.

TSH T3 T4 Interpretation
Tinggi Normal Normal Mild Hypothyroidism
Tinggi Rendah/Normal Rendah Hypothyroidism
Rendah Normal Normal Mild Hypothyroidism
Rendah Tinggi / Normal Tinggi / Normal Hypothyroidism
Rendah Rendah / Normal Rendah / Normal Non-thyroidal illness or rare pituitary hypothyroidism

Paras TSH yang tinggi menunjukkan bahawa tiroid adalah kurang aktif, manakala TSH yang rendah bermakna tiroid terlalu aktif. Paras TSH yang tidak normal menunjukkan penyakit-penyakit kalenjar tiroid.

Persatuan tiroid Amerika (ATA) mencadangkan supaya menjalankan ujian saringan untuk disfungsi tiroid pada umur 35 tahun.

Apakah dua gangguan utama fungsi kelenjar tiroid?
  • Hipotiroidisme (disebabkan oleh kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik)
  • Hipertiroidisme (disebabkan oleh kelenjar tiroid terlalu aktif).
Lain-lain gangguan (di mana kadar hormon tiroid adalah normal )
  • Goiter : Merujuk kepada pembesaran kelenjar tiroid dan bukan kanser. Seseorang dengan goiter boleh mempunyai tahap yang normal hormon tiroid (euthyroidism), berlebihan (hipertiroidisme) atau terlalu rendah (hipotiroidisme).
  • Nodul : Merujuk kepada mana-mana pertumbuhan tidak normal yang membentuk ketulan di kelenjar tiroid (benigna atau kanser)
Apa itu Hipotiroidisme?

Hipotiroidisme disebabkan oleh kelenjar tiroid yang kurang aktif atau tidak berfungsi dengan baik.

Apakah yang berlaku semasa hipotiroidisme?

Pengeluaran hormone T3 dan T4 yang sedikit melambatkan metabolism badan, menyebabkan pesakit berasa sejuk, penat dan tertekan.

Apakah simptom hipotiroidisme?
  • Pertambahan berat badan walaupun mengamalkan diet yang betul dan senaman.
  • Paras kolesterol yang tinggi.
  • Keletihan, sejuk dan tidak toleransi haba.
  • Hypotension (tekanan darah rendah)
  • Pengumpulan cecair (kegagalan untuk mengeluarkan cecair dari badan)
  • Kulit kering, bersisik dan pucat.
  • Rambut nipis dan rapuh
  • Rambut gugur meningkat atau rapuh
  • Kuku retak
  • Bengkak muka, tangan dan kaki.
  • Sembelit
  • Sakit kepala /mengantuk
  • Tempoh haid yang tidak teratur pada wanita
  • Sindrom pra-haid (PMS)
  • Keinginan seksual yang rendah
  • Tidak subur
  • Sakit otot dan sendi
  • Kemurungan, kebimbangan
  • Metabolisme rendah
  • Kadar jantung menurun
  • Kemerosotan ingatan
  • Pembesaran lidah
  • Suara besar
  • Leher bengkak

Namun, lebih daripada separuh daripada semua orang yang mempunyai penyakit tiroid tidak menyedari penyakit ini.

Apakah penyebab hipotiroidisme?
  • Kekurangan iodin: Iodin adalah penting untuk pengeluaran hormon tiroid, dan kekurangan iodin merupakan penyebab utama hipotiroidisme kongenital. Kekurangan iodin juga menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid (goiter).
  • Hipotiroidisme Kongenital: Bayi boleh dilahirkan dengan kelenjar tiroid yang tidak sempurna atau tanpa satu
  • Tiroditis auto-imun: gangguan keradangan kronik pada kelenjar tiroid yang disebabkan oleh antibodi darah yang tidak normal dan sel-sel darah putih yang keliru menyerang dan merosakkan sel-sel tiroid yang sihat.
  • Pembedahan kelenjar tiroid. Pembedahan dilakukan jika anda mempunyai mana-mana yang berikut:
  • 1. Pertumbuhan tiroid kecil (nodul atau cyst)

    2. Kelenjar tiroid yang terlalu aktif dan berbahaya (thyrotoxicosis)

    3. Kanser tiroid

    4. Bukan kanser (benign) ketumbuhan tiroid

    5. Tiroid bengkak (goiter toksik) yang menjadikan sukar untuk bernafas atau menelan

    6. Tidak mahu menjalani rawatan iodin radioaktif apabila mempunyai kelenjar tiroid yang terlalu aktif.

    7. Tidak dapat dirawat dengan ubat antithyroid.

    8. Dadah: ubat-ubatan tertentu termasuk amiodarone yang digunakan untuk merawat rentak jantung yang tidak normal, dan litium yang digunakan bagi pesakit psikiatri

Siapakah yang berisiko tinggi hipotiroidisme?
  • Perempuan: Mereka yang hamil, dalam tempoh serta merta selepas bersalin, dan selepas menopaus.
  • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga tiroditis autoimun atau sebarang penyakit autoimun yang lain seperti diabetes jenis 1.
  • Mereka yang berumur lebih 50 tahun.
  • Pesakit yang telah menjalani pembedahan tiroid.
  • Mereka yang mempunyai sindrom down atau turner.
  • Pesakit yang dirawat dengan radioiodine (iodin radioaktif). Ini biasanya untuk hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlalu aktif).
  • Orang yang mempunyai pendedahan leher untuk x-ray atau rawatan radiasi (biasanya untuk kanser).
  • Orang kulit putih dan orang Asia adalah lebih berisiko disebabkan oleh faktor genetik.
  • Pesakit yang mempunyai pra-eklampsia (tekanan darah tinggi yang teruk semasa hamil). (Terbukti selepas 2009)
Hipotiroidisme boleh menyebabkan
    Body functions to slow down so much that patients may slip into a coma (myxoedema coma)
  • Fungsi badan yang perlahan sehinggakan pesakit mungkin boleh koma (myxoedema koma)
  • Tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol tinggi yang membawa kepada serangan jantung dan strok
  • Kegagalan jantung
  • Tidak subur/mandul
  • Penyakit Alzheimer (risiko meningkat bagi wanita)
Rawatan

Rawatan untuk hipotiroidisme adalah dengan menggantikan hormon tiroid. Oleh kerana tidak ada penawar untuk hipotiroidisme, pesakit perlu bergantung dengan ubat untuk sepanjang hidup mereka. Akan tetapi, adanya terapi penggantian, mereka akan dapat menjalani kehidupan yang normal. Sebagai contoh, seorang wanita muda akan dapat mengandung dan melahirkan anak.

Apa itu tiroid terapi hormon?

Terapi hormon tiroid ialah penggunaan hormon tiroid tiruan untuk meningkatkan hormon tiroid yang luar biasa rendah. Sering digunakan untuk merawat tiroid kurang aktif yang merembeskan hormon tiroid yang sedikit atau tiada, terapi hormon tiroid biasanya diambil dalam bentuk pil.

Siapa yang memerlukan terapi hormon tiroid?

Terapi hormon tiroid secara umum digunakan apabila tiroid seseorang itu tidak boleh menghasilkan hormon tiroid yang secukupnya secara semula jadi (keadaan yang disebut sebagai hipotiroidisme). Sebab-sebab lain antaranya ialah:

  • Untuk mengawal pertumbuhan pembesaran kalenjar tiroid (goiter)
  • Untuk mengawal pertumbuhan nodul pada kelenjar tiroid
  • Jika ada sejarah kanser tiroid (penggunaan terapi hormon tiroid boleh mengurangkan risiko tumor yang berulang)
  • Untuk mengawal paras hormon tiroid merangsang (TSH), yang boleh merangsang kanser tiroid
Bagaimanakah dos terapi hormone tiroid ditetapkan?

Dos yang tepat adalah berlainan bagi setiap pesakit, maka pesakit perlu jalani ujian darah terlebih dahulu. Ujian darah dapat menunjukkan paras hormon tiroid dalam darah, begitu juga dengan hormon tiroid merangsang (TSH) yang dirembes oleh kelenjar pituitari. Kelenjar pituitari memainkan peranan penting dalam fungsi kelenjar tiroid. Ia mengawal berapa banyak hormon tiroid yang dirembes dengan menghasilkan TSH yang "merangsang" tiroid. Peningkatan paras TSH menunjukkan tiroid yang kurang aktif.

Pemeriksaan tahunan biasanya dijalankan untuk mengukur paras hormon tiroid dan TSH. Hipotiroidisme boleh menjadi penyakit yang progresif, yang memerlukan peningkatan dos dari masa ke semasa.

Memastikan dos hormone tiroid yang tepat

Dos hormone tiroid yang betul adalah berdasarkan ujian darah yang menentukan paras hormone tiroid dan TSH dalam badan. Walaubagaimana pun, untuk menentukan dos hormone yang diperlukan sepanjang rawatan adalah dengan:

  • Mengekalkan janji temu dengan doctor anda.
  • Mengambil ubat tiroid anda setiap hari.
  • Memberitahu doctor bahawa anda sedang menjalani terapi hormone tiroid jika anda mahu memulakan rawatan penyakit lain.
  • Memberitahu doctor jika anda mengandung
  • Memberitahu doctor jika terdapat simptom baru.
  • Memberitahu semua pegawai kesihatan yang merawat anda mengenai masalah tiroid anda dan ubat-ubatan yang diambil.
Formulasi yang digunakan
  • T3:T4 [gabungan Thyronine (T3) dan Thyroxine (T4)] vegetable kapsul
Mengapa memilih terapi kombinasi T3: T4 berbanding monoterapi, sama ada T3 sahaja atau T4 sahaja?

Kelenjar tiroid yang normal menghasilkan dua hormon tiroid iaitu, 100 T4 dan 20 T3 sehari untuk setiap 70kg berat badan. Dalam badan kita, kebanyakan T4 ditukar kepada T3. Maka, T3 adalah hormon yang aktif; sebenarnya, lebih daripada 80% daripada T3 dalam darah kita terdiri daripada T4 yang ditukar oleh hati dan tisu-tisu lain di luar tiroid. Tiroid yang kurang aktif masih boleh menghasilkan T3 dan T4 tetapi tidak mencukupi. Oleh disebabkan tiroid yang rosak masih boleh menghasilkan T3, dan beberapa tisu-tisu badan yang boleh menukarkan T4 kepada T3, maka kebanyakan pesakit hypothyroid tidak perlu mengambil T3 yang banyak akan tetapi mengambil lebih T4.

Selain itu, melalui kajian klinikal yang dikendalikan oleh Jurnal Eropah mengenai Endokrinologi, mendapati bahawa, apabila pesakit diberi T4 sebagai monoterapi, diandaikan bahawa penukaran periferal dari T4 kepada T3 dapat memberikan paras T3 yang mencukupi untuk tisu periferi.

Walau bagaimanapun, kepekatan intrasellular daripada deiodinase (enzim yang terlibat dalam pengaktifan atau penyahaktifan hormon tiroid) dan pengambilan selular T3 tidak sama dalam semua tisu.

Selain itu, kajian pada tikus hypothyroid mendapati bahawa untuk mencapai terapi hormone tiroid yang optimum (euthyroidism) dapat dicapai dengan menggunakan gabungan T3 and T4. Bagi pesakit yang dalam terapi jangka masa panjang T4, telah diganti dengan gabungan T3 dan T4 memberikan keputusan yang lebih baik dalam pelbagai ujian neuropsikologi. (Klinik Endokrin, Royal Infirmary, Edinburgh, UK)

Terapi hormone gabungan T3 dan T4 juga dapat membantu pesakit yang keseluruhan tiroidnya dibuang dan tidak boleh menghasilkan T3 dan T4 sendiri.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET