Rawan ikan yu ialah makanan tambahan yang diambil daripada rawan ikan yu yang dikering dan diserbukkan; iaitu dikomposisikan dari rangka ikan yu yang sukar didapati.

Rawan adalah tisu yang boleh menjalankan fungsinya tanpa saraf, salur darah, atau sistem limfatik. Oleh itu, nutrisi tidak boleh dipindahkan ke rawan oleh darah atau bendalir limfatik. Ciri-ciri tersendiri rawan ini yang membolehkan rawan ikan yu melawan kanser dan penyakit lain.

Rawan ikan yu mengandungi banyak komponen-komponen aktif, yang paling penting adalah sejenis protein yang bertindak sebagai perencat angiogenesis. Ia bertindak untuk menyekat pembentukan saluran darah baru. Ini menjadikan ia penting dalam melawan pelbagai jenis penyakit.

Banyak tumor kanser, misalnya, boleh tumbuh hanya kerana ia merangsang badan untuk membina rangkaian saluran badan yang baru untuk membekalkan kanser tumor ini dengan nutrisi. Rawan ikan yu menyekat proses ini supaya sel-sel kanser tumor ini dapat disekat daripada sumber bekalan nutrisinya dan seterusnya akan mengecut.

Rawan ikan yu mengandungi mucopolysaccharides, dimana ia merupakan komponen melawan-keradangan yang utama. 2 ahli daripada keluarga ini ialah chondroitin sulfats A dan C, telah lama digunakan oleh pengamal perubatan pemakanan untuk merawat keradangan dan enteritis. Mucopolysaccharides yang terdapat pada karbohidrat juga merangsang sistem imun dan bekerja secara sinergik dengan protein dalam melawan penyakit. Kalsium organik dan fosforus digunakan secara metabolik sebagai nutrisi.

Mengapa tidak menggunakan rawan haiwan mamalia? Kesan antiangiogenesis rawan ikan yu adalah 1000 kali lebih daripada rawan mamalia.

Kebaikan
  • Bertindak sebagai perencat angiogenesis, oleh iu dapat mencegah penyakit kanser
  • Bertindak sebagai komponen melawan keradangan
  • Merawat arthritis
  • Mengelakkan terjadinya enteritis (radang pada dinding usus)
  • Menyokong tulang normal, sendi dan tisu penghubung yang sihat
  • Telah digunakan untuk penyakit degenerative dan psoriasis
Bahan aktif
  • Rawan Ikan Yu 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul - 60 kapsul
Langkah pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2-3 kali sehari (selepas makan).

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET