Pottasium ialah sejenis mineral yang amat penting untuk sistem saraf yang sihat dan untuk degupan jantung yang tetap. Ini akan membantu mencegah terjadinya strok, membantu dalam penguncupan otot dengan betul, dan potassium bekerja dengan sodium untuk mengawal keseimbangan air dalam badan. Potassium penting untuk tindak balas kimia dalam sel dan membantu mengekalkan kestabilan tekanan darah dan dalam penghantaran impuls elektrokimia. Ia juga merangsang pemindahan nutrisi menerusi sel membrane. Fungsi potassium ini didapati menurun dengan peningkatan umur, ia juga menjadi salah satu penyebab peredaran darah terganggu, dan lesu, lemah dan penat yang sering dialami oleh orang yang lebih berusia.

Tanda-tanda kekurangan potassium termasuklah kulit kering yang tidak normal, jerawat, rasa sejuk, kemerosotan kognitif, sembelit, kemurungan, cirit-birit, pengurangan fungsi rekleks, edema, kegelisahan, turun naik degupan gantung, tekanan darah rendah, keletihan dan kelemahan otot, sakit kepala berkala dan pengumpulan garam.

Potassium diperlukan untuk perembesan hormon. Perembesan hormon stress menyebabkan penurunan dalam nisbah potassium dengan sodium samada diluar atau didalam sel. Kesimpulannya, stress boleh meningkatkan keperluan potassium dalam badan.

Bahan aktif
  • Garam Pottasium
Bentuk Produk
  • Serbuk - 50g/botol
Penyediaan
  • Campurkan 1 botol Garam Pottasium dengan 500ml air. Simpan didalam botol amber.
Langkah Penggunaan
  • Dewasa : Ambil 1 sudu teh 10 kali setiap hari. Campurkan dengan sup, jus buah atau air kosong kecuali jus lobak.
  • Kanak-kanak : ½ daripada dosaj dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET