Pankreatin - kunci untuk sistem enzim pencernaan yang menyeluruh
Apa itu pankreatin?
  • Pankreatin merupakan campuran beberapa enzim pencernaan yang dihasilkan oleh sel exocrine pancreas. Ia merupakan komposisi amylase, lipase dan protese.
  • Enzim lipase merupakan pemankin pencernaan lemak, termasuklah trigliserida dan fosfolipid, memecahkan ia menjadi asid lemak dan molekul gliserol. Terdapat 2 jenis enzim amylase: iaitu alfa-amylase dan beta-amylase. Alfa-amilase secara semulajadinya berlaku dalam haiwan-haiwan dan dihasilkan dalam sel exocrine pancreas. Beta-amylase pula dijumpai dalam yis, bakteria dan biji benih tumbuh-tumbuhan. Fungsi kedua-dua jenis amylase ini adalah untuk menghidrolisasikan, atau memecahkan kanji dan glikogen kepada gula ringkas seperti glukosa.
  • Enzyme protese, seperti pepsin, bertanggungjawab untuk memangkin hidrolisis protein kepada peptide dan asid amino. Hidrolisis ialah memecahkan sebatian kimia dalam air. Enzim-enzim yang terdapat dalam pankreatin bertindak sebagai pemangkin, menambahkan yang sudah sedia ada didalam badan. Enzim pemangkin meningkatkan kadar dimana tindakan itu berlaku.
  • Walaupun pankreatin dikenali sebagai “asid pankreatik”, tetapi ia bukan lah sebatian kimia tunggal mahupun asid.
Fungsi pankreatin
  • Enzim pankreatin mempunyai fungsi khusus iaitu pencernaan dan metabolism harian. Enzyme amylase menggunakan air untuk memecahkan kanji kepada oligosaccharides, iaitu karbohidrat hasil daripada gula ringkas. Lipase menggunakan air untuk memecahkan trigliserida kepada komponen tunggal asid lemak dan gliserol. Trypsin menggunakan air untuk memecahkan protein kepada kumpulan asid amino yang dikenalpasti sebagai oligopeptides. Pankreatin merupakan suplemen yang berkesan dalam mengembalikan enzim pankreatik yang digunakan dalam proses-proses keperluan dalam badan. Apabila kurang penyerapan adalah kerana pengurangan dalam fungsi exocrine pankreatik, dengan meningkatkan pencernaan makanan boleh membawa kepada penyerapan nutrisi yang lebih baik, mengelakkan kehilangan berat badan dan cirit-birit, pengurangan steatorrhea, dan penambahan berat badan. Pankreatin boleh membantu untuk merawat jangkitan virus. Virus diliputi dengan protein dan enzim membantu mencernakan protein-protein tersebut, seterusnya meninggalkan virus-virus tersebut untuk diserang oleh sistem imun.
  • Pankreatin boleh meningkatkan kapasiti sistem untuk menghilangkan peredaran imun kompleks yang boleh dijumpai dalam darah; oleh itu, ia dapat melindungi buah pinggang, meningkatkan imun dan mengurangkan tindakan autoimun lain. Bersama-sama dengan enzim protein pencernaan tambahan, pankreatin boleh mencegah protein yang tidak dicerna untuk masuk kedalam usus kecil. Maka dapat mengurangkan kesensitifan dan alergik makanan.
Bahan aktif
  • Pankreatin 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul - 60 kapsul
Kaedah Pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul 3 kali sehari
  • Kanak-kanak : ½ daripada dosaj dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET