Bahan aktif untuk Nattokinase diperolehi daripada sumber semulajadi Vitamin K2.

Natto ialah makanan tradisi jepun diperbuat daripada kacang soya yang difermentasi oleh bakteria yang dikenali sebagai Bacillus Subtilis, dan telah digunakan sejak kira-kira 1200 tahun yang lalu. Enzim yang dihasilkan melalui penapaian termasuklah protease, dan Dr. Oshima di Universiti Hokkaido Imperial melaporkan penulenan dan ciri-cirinya. Sejak itu, ia telah dikaji sebagai protease serine, dan pada tahun 1980-an, enzim yang memecahkan protein fibrin (penyebab thrombi) telah dinamakan sebagai "Nattokinase".

Apa itu Nattokinase?

Makanan yang tinggi kandungan nutrisinya.

  • Makanan tradisi Jepun yang dibuat daripada proses fermentasi kacang soya.
  • Mengandungi banyak protein sayur-sayuran.
  • Mempunyai rasa serta aroma yang sangat kuat.
  • Rasanya yang masin.
  • Mempunyai bau keju biru
  • kebiasaanya dimakan bersama nasi

Walau bagaimanapun, makanan yang diambil oleh Jepun ini tidak menarik minat orang Barat, oleh itu mereka menghasilkan Natto ini dalam bentuk makanan tambahan.

Apa itu Nattokinase?
  • Enzim tulen yang dihasilkan melalui proses fermentasi daripada kacang soya.
  • Enzim proteolitik yang kuat yang baik untuk kesihatan fibrinolytic.
  • Nattokinase didapati pada bahagian lekit Natto

Nattokinase ditemui oleh ahli sains penyelidikan Dr. Hiroyuki Sumi di Jepun yang mencari penawar semula jadi untuk mengelakkan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Apakah fungsi Nattokinase?
  • Dikenali dengan keupayaan fibrinolytic yang kuat (anti-pembekuan)
  • Penting untuk kesihatan kardiovaskular
  • Membantu dalam memperbaiki metabolisme fibrin
  • Agen pencairan darah - mengurangkan pembekuan darah
  • Boleh membantu dalam penyakit jantung dan strok
  • Terbukti secara saintifik ia dapat melegakan bengkak-bengkak sendi

Penyakit kardiovaskular adalah penyebab utama kematian bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Apabila semakin meningkat usia kita, kadar fibrinogen meningkat (potensi pembekuan darah berlaku), dan enzim yang membantu mencairkan pembekuan darah ini berkurang.

Menurut laporan dari Pusat Kawalan Penyakit, lebih daripada 700,000 orang menghidap strok setiap tahun. Banyak kajian klinikal juga menunjukkan bahawa Nattokinase boleh membantu mencegah pembentukkan thrombus pada salur darah.

Apakah kebaikan pengambilan Nattokinase?
  • Mencegah terjadinya angina, strok dan penyakit kardiovaskular.
  • Merawat aterosklerosis, trombosis salur darah dan penyakit vaskular periferal.
  • Natto juga menbantu dalam merawat buasir, varicose vein dan tekanan darah.
  • Mengurangkan sakit, sindrom keletihan kronik dan kekejangan otot.
  • Merawat fibromyalgia, endometriosis dan fibroid rahim .
Dos yang disyorkan

Sebelum mengambil Nattokinase, ia adalah penting untuk mendapat nasihat doctor terlebih dahulu jika anda mengambil sebarang ubat pencair darah, atau anda di bawah pengawasa bagi sebarang masalah pendarahan. Wanita hamil dan ibu menyusu juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan produk yang mengandungi Nattokinase, dan perlu nasihat daripada pakar.

Dalam beberapa kes, pesakit boleh mendapatkan nasihat daripada pakar. Pakar akan memberikan panduan kepada anda berkenaan cara-cara pengambilan Nattokinase yang sesuai.

Dos Nattokinase yang tepat bergantung kepada banyak faktor. Seperti umur seseorang, sebab-sebab untuk mengambilnya, dan kualiti makanan tambahan yang dimakan.

Disyorkan untuk memulakan dengan dos efektif yang rendah dan kemudian meningkatkannya jika tiada gejala yang tidak diingini berlaku.

Formulasi yang digunakan
  • Nattokinase 20,000 fu/g 100mg in Vegetable Capsules - 60cap

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET