Methylsulfonylmethane (MSM) adalah sebatian sulfur semula jadi dan komponen nutrisi dalam kebanyakan makanan. Ia terdapat dalam diet normal manusia dan hampir semua haiwan vertebrata yang lain. Nama kimia bagi MSM ialah dimetil sulfone.

Para saintis telah menunjukkan bahawa kandungan sulfur pada rawan akan berkurang dengan peningkatan umur, pengurangan ini juga selari dengan degenerasi pada sendi. Lebih-lebih lagi, terdapat sesetengah ubat artritis boleh mengurangkan sulfur dalam badan. Oleh kerana MSM ialah 34% daripadanya adalah sulfur, maka MSM menjadi penderma sulfur, dan telah terbukti dapat mengurangkan sakit lutut akibat osteoartritis dan meningkatkan integriti pada tisu-tisu penghubung. Tambahannya lagi, MSM telah terbukti dapat merencat terjadinya keradangan pada prostaglandin dan leukotriene, dengan itu membantu mengawal rasa sakit.

Kebaikan
  • Penghasilan kolagen, untuk kulit yang lebih sihat
  • Untuk kesakitan kronik dan keradangan sendi, kesakitan otot.
  • Detoksifikasi badan. MSM menjadikan sel lebih "telap". Ini membolehkan toksin dan bahan buangan metabolik dengan mudah dibawa keluar daripada sel-sel, manakala nutrien penting dan penghidratan boleh masuk kedalam sel.
  • Menguatkan rambut dan kuku. MSM membekalkan sulfur yang diperlukan untuk menghasilkan kolagen dan keratin.
  • Melegakan alahan
Bahan aktif
  • Serbuk Methylsulphonylmethane 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul - 60 kapsul
Langkah-langkah Pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2-3 kali sehari (selepas makan)
  • Kanak-kanak : ½ daripada dosaj dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET