L-Methionine ialah asid amino mengandungi-sulfur yang penting untuk badan. Asid amino memainkan peranan penting untuk pembinaan blok-blok protein dan sebagai perantaraan dalam metabolism. Ia juga terlibat dalam pembentukan kebanyakan sebatian yang mengandungi protein dan juga membekalkan sulfur; iaitu sebatian yang diperlukan untuk penghasilan anti-oksidan semula jadi yang memberi banyak manfaat untuk badan, iaitu glutathione.

L-methionine mempengaruhi kebanyakan fungsi dalam badan sebagai salah satu blok binaan untuk beberapa protein kritikal dan hormone, contohnya, L-Carnitine, adrenaline, choline dan melatonin.

L-methionine juga bertanggungjawab dalam penurunan paras histamine dalam darah, dan ini boleh memberikan kesan positif pada simptom-simptom alergik. Tambahannya lagi, ia sangat penting untuk regulasi keseimbangan asid-base dan membekalkan atok sulfur untuk pelbagai proses kimia seperti detoksifikasi logam-logam berat melalui pembentukaan kompleks.

Kebaikan
  • Penjagaan hati
    Ia merupakan sebatian lipotropic yang boleh membantu hati untuk memproses lemak, maka ia tidak akan terkumpul dalam dan pada sekitar hati. L-methionine juga digunakan untuk menurunkan berat badan dengan menghentikan penyimpanan lemak.
  • Penjagaan arteri
    Ia melindungi arteri dengan membantu arteri kekal bersih daripada sebatian-sebatian berlemak terutama sekali arteri yang memberi bekalan untuk otak dan jantung.
  • Penjagaan tisu penghubung
    Ia juga penting untuk penghasilan kolagen, dimana ia merupakan komponen penting dalam tisu penghubung seperti kulit dan sendi, tendon, ligament dan tulang.
  • Penjagaan aktivti senaman
    Ia turut membantu dalam senaman yang singkat tetapi tegang. Ia merupakan pre kursor untuk kreatine yang membekalkan otot dengan tenaga kimia pada jangka masa pendek.
  • Penjagaan saraf/otak
    Ia menggalakkan penghasilan neurotransmitter peningkat-mood serotonin dan boleh meningkatkan kebolehan bergerak dan kekal aktif bagi mereka yang menderita penyakit Parkinson.
Bahan Aktif
  • L-methionine 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul - 60 kapsul
Langkah-langkah Pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul 2 kali sehari (ketika perut kosong)
  • Kanak-kanak : ½ daripada dosaj dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET