Asid Malik, sebatian semula jadi yang boleh dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Epal mengandungi kandungan asid malik yang sangan tinggi. Antara buah-buahan lain yang tinggi kepekatan asid malik adalah nektar, ceri, laici, pisang, manga, pic, tomato dan strawberi.

Badan menghasilkan asid malik apabila ia menukarkan karbohidrat kepada tenaga. Pengambilan makanan tambahan asid malik sangat memberi manfaat untuk penyakit seperti fibromyalgia dan sindrom keletihan yang kronik. Ia turut membantu dalam penjagaan oral juga.

Kebaikan
  • Fibromialgia dan sindrom keletihan yang kronik.
    Asid Malik membantu penghasilan tenaga dan melakukan tindak balas dalam badan. Ia juga meningkatkan prestasi otot dan tumpuan mental sambil mengurangkan keletihan selepas melakukan senaman. Menurut satu kajian iaitu “Journal of Rheumatology” mendedahkan pengambilan suplemen yang mengandungi 1,200 miligram asid malik dan 300 miligram magnesium setiap hari untuk 6 bulan mengurangkan kesakitan akibat daripada penyakit fibromialgia.
  • Mengurangkan rasa sakit.
    Salah satu kebaikannya ialah kebolehan dalam mengurangkan kesakitan. Ia mengurangkan kesakitan pada otot. Walaupun ia mengambil masa beberapa hari dengan pengambilan yang konsisten untuk dapatkan kesan yang menyeluruh, ia akan mula mengurangkan rasa sakit dengan cepat iaitu seawal 48 jam selepas suplemen pertama anda.
  • Meningkatkan tenaga
    Asid malik membantu meningkatkan paras tenaga. Ia merupakan komponen penting dalam kitaran Krebs, iaitu proses yang menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga dan air dalam badan. Jika asid malik dalam badan tidak mencukupi, kitaran Krebs tidak boleh berfungsi dengan betul, ini akan menyebabkan keletihan. Makan makanan atau suplemen yang mengandungi asid malik boleh membantu sel-sel badan menjalankan kitaran Krebs secara normal dan lantas meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Penjagaan oral
    Asid malik juga boleh digunakan dalam cecair pembersihan mulut dan ubat gigi kerana ia boleh merangsang penghasilan air liurdan mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya yang terdapat dalam mulut.
  • Penjagaan kulit
    Asid malik juga merupakan asid alfa hidroksi. Ia membantu dalam menjadikan kulit lebih licin, mengurangkan pigmentasi dan membaiki rona kulit agar lebih sekata. Dalam kebanyakan produk yang mengandungi asid malik, fungsi utamanya adalah sebagai penstabilan pH. Dengan kenaikan pH kulit, asid ini membantu untuk dalam pengelupasan kulit agar lebih sihat.
Bahan Aktif
  • Asid Malik 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul - 60 kapsul
Kaedah Pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul 3 kali sehari (selepas makan)
  • Kanak-kanak : ½ daripada dosaj dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET