Peranan utama asid amino ialah sebagai blok binaan bagi protein dan sebagai perantaraan dalam metabolisma. 20 jenis asid amino yang terdapat didalam protein masing-masingnya mempunyai sifat kimia yang pelbagai. Ciri-ciri kimia asid amino menentukan aktiviti biologikal protein tersebut. Protein bukan sahaja menjadi pemangkin kepada semua (hampir semua) tindak balas sel hidup, ia turut mengawal hampir semua proses selular. Asid amino bentuk-L dianggap lebih sesuai dengan biokimia manusia.

L-ornithine juga merupakan asid amino yang memainkan peranan dalam kitaran urea. L-ornithine membantu menggalakkan perlepasan hormone-hormon tumbesaran, dimana ia meningkatkan metabolisma lemak badan berlebihan. Kesannya dapat ditingkatkan apabila diambil bersama arginine. L-ornithine adalah perlu untuk sistem imunisasi yang betul dan fungsi hati. Ia juga turut mendetoksifikasikan ammonia dan membantu dalam regenerasi hati.

Kombinasi antara ornithine dan arginine meningkatkan daya hidup.

Ornithine bertukar kepada arginine didalam badan dengan sangat perlahan. Oleh kerana kesannya adalah sama dan tahan lama, ornithine menjadi pelengkap sempurna untuk arginine. Kombinasi antara kedua-dua asid amino ini merangsang pengedaran hormone dan penghasilan insulin, ini secara umumnya meningkatkan kebolehan regenerasi badan dan membawa kepada penigkatan daya hidup yang jelas. Tambahannya lagi, ia juga memberi perangsang-potensi bagi lelaki.

Kebaikan
  • Ia membantu mengatasi keletihan, meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan menggalakkan perkumuhan ammonia.
  • Ia juga merangsang penghasilan dan perlepasan Hormon Tumbesaran Manusia daripada kalenjar pituitary.
  • Penyembuhan luka.
  • Memperbaiki corak tidur.
  • Membantu buah pinggang untuk membuang bahan toksik.
  • Mengekalkan keseimbangan hormone dan sistem imun badan.
  • Ia mendetoksifikasikan ammonia dan membantu dalam regenerasi hati.
Bahan Aktif
  • L-Ornithine - 300 mg
Bentuk Produk
  • Kapsul sayuran - 60 kapsul
Kaedah Penggunaan
  • Ambil 1 kapsul 2 kali sehari (ketika perut kosong).
  • Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET