L-Carnitine adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam makanan; Walau bagaimanapun, ia tidak dianggap sebagai nutrien yang penting kerana badan boleh dihasilkan daripada lisin asid amino dan methionine. L-carnitine adalah nutrien yang membawa asid lemak masuk kedalam mitokondria untuk digunakan sebagai sumber tenaga. L- Carnitine, berasal dari asid amino, terdapat dalam hampir semua sel-sel badan. L-Carnitine memainkan peranan yang kritikal dalam penghasilan tenaga. Ia membawa asid lemak berantai-panjang masuk kedalam mitokondria untuk dioksidakan ("dibakar") untuk menghasilkan tenaga. Ia juga membawa sebatian toksik keluar daripada organel sel untuk mengelakkan pengumpulan toksik.

Kardiovaskular dan penyakit arteri peripheral.

Beberapa kajian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan suplemen L-Carnitine dalam penjagaan iskemia jantung (sekatan aliran darah ke jantung) dan penyakit arteri periferal (simptom yang dimana peredaran darah tidak lancar di kaki, juga dikenali sebagai intemitten claudication). Oleh kerana paras L-Carnitine adalah rendah dalam kegagalan otot jantung, jumlah suplemen yang diambil mungkin dapat mengatasi kesan-kesan toksik asid lemak bebas dan meningkatkan metabolisma karbohidrat. Dalam kajian jangka masa pendek mendapati L-Carnitine mempunyai ciri-ciri anti-iskemia apabila diberi secara oral dan melalui suntikan.

Penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

L-Carnitine digunakan oleh badan untuk menukarkan lemak kepada penghasilan tenaga. Ia bukan sahaja membantu membakar lemak tetapi turut membantu mengubahnya kepada tenaga, ini dapat membekalkan tenaga apabila badan memerlukannya. Ia juga dapat meningkatkan metabolisma, yang membolehkan badan untuk membakar lebih lemak, seterusnya meningkatkan lagi tahap tenaga dan prestasi anda ketika di gym. Kelebihan ini membuatkan L-Carnitine sangat popular bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan disamping dapat mengekalkan sebanyak otot yang mungkin.

Prestasi ahli sukan

Terdapat ahli sukan yang mengambil L-Carnitine untuk meningkatkan prestasi mereka. L-Carnitine menunjukkan dapat mengurangkan pengumpulan bahan buangan semasa latihan, membantu meningkatkan pengeluaran beban kerja semasa senaman dan meningkatkan pemulihan selepas senaman.

Kebaikan
  • Membaik pulih dan mengatasi kardiovaskular dan penyakit arteri periferal.
  • Membantu dapat penurunan berat badan
  • Meningkatkan prestasi ahli-ahli sukan
Bahan Aktif
  • L-Carnitine - 300 mg
Bentuk Produk
  • Kapsul sayuran - 60 kapsul
Kaedah Penggunaan
  • Ambil 1 kapsul 2 kali sehari (ketika perut kosong).
  • Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET