Asid amino merupakan unit kimia atau “blok-blok binaan” bagi protein. Protein adalah penting bagi setiap sel hidup didalam badan. Protein iaitu ikatan amino asid yang terikat dengan ikatan peptide. Setiap jenis protein terdiri daripada kumpulan asid amino tertentu dengan susunan kimianya tersendiri. Kehadiran asid amino tertentu dan bagaimana ia membina ikatan dengan susunannya dalam membentuk protein memberikan pelbagai jenis tisu ini fungi dan ciri-ciri yang unik. Asid amino dalam bentuk-L dianggap lebih sesuai dengan biokimia manusia.

L-arginine digunakan oleh badan untuk mensintesiskan L-ornithine yang menggalakkan pembebasan hormon pertumbuhan.

L-arginine memainkan peranan yang penting dalam pembahagian sel. Ia melambatkan pertumbuhan tumor dan kanser dengan meningkatkan fungsi imun. Ia meningkatkan saiz dan aktiviti kelenjar timus, yang mengeluarkan limfosit T (sel T), iaitu komponen yang penting dalam sistem imun.

L-arginine adalah penting untuk metabolisma otot. Ia membantu mengekalkan keseimbangan nitrogen yang betul dengan bertindak sebagai medium untuk pengangkutan dan penyimpanan, dan juga membantu dalam perkumuhan nitrogen yang berlebihan. Ia turut membantu dalam penurunan berat badan kerana ia memudahkan peningkatan jisim otot dan pengurangan lemak badan. Ia juga terlibat dalam pelbagai enzim dan hormon.

Kebaikan
  • Arginine membantu melancarkan peredaran darah dalam arteri jantung. Ia turut mengurangkan simptom bagi arteri tersumbat, sakit dada atau angina, dan penyakit arteri koronari.
  • Didalam badan asid amino arginine ditukarkan kepada nitric oksida (NO). Nitric oksida ialah neurotransmitter yang kuat yang membantu saluran darah untuk berehat dan juga memperbaiki peredaran darah.
  • Menurunkan tekanan darah.
  • Oleh kerana arginine boleh membantu arteri untuk berehat dan memperbaiki peredaran darah, ia juga turut membantu dalam mati pucuk.
  • Ia turut meningkatkan metabolisma lemak badan yang berlebihan.
Bahan Aktif
  • L-arginine - 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul sayuran - 60 kapsul
Kaedah Penggunaan
  • Ambil 1 kapsul 2 kali sehari (ketika perut kosong).
  • Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET