Sendi adalah lokasi di mana dua atau lebih tulang bersentuhan. Mereka dibina untuk membolehkan pergerakan dan memberi sokongan mekanikal. Apabila keradangan berlaku, gangguan ini dipanggil artritis. Artritis yang paling biasa adalah osteoartritis (juga dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif). Atritis yang lain adalah artritis reumatoid dan artritis psoriatik, iaitu penyakit autoimun. Artritis asam urat atau gout adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik.

  • Kulit pokok willow putih mengandungi bahan aktif, salicin. Ia ditukarkan kepada asid salisilik dalam badan dan bertindak sebagai anti-radang dan analgesik. Ia juga merupakan agen antioksidan, antipiretik dan antiseptik.
  • Ekstrak boswellia serrata juga dikenali sebagai Salai guggal. Ia didapati terutamanya di India dan digunakan secara meluas sebagai rawatan ayurveda untuk sakit sendi. Bahan aktifnya, asid boswellic dan asid triterpin pentacyclic yang lain hadir untuk mengurangkan kekejangan sendi dan membantu dalam pergerakan sendi.
  • Ekstrak kunyit mengandungi bahan aktif, curcumin. Curcumin adalah antioksidan. Ia melindungi hati daripada toksin dan merendahkan kolesterol. Ia mempunyai fungsi antibiotik, anti-kanser dan anti-radang.
  • Bawang mengandungi bioflavonoid, quercertin. Ia adalah bahan kimia tumbuhan yang amat kuat untuk melindungi badan daripada kerosakan oksidatif. Tindakan histamin dapat dihalang seterusnya mengurangkan gejala alahan.
  • Ekstrak stem nanas mengandungi enzim bromelain yang membantu dalam penghadaman protein. Ia juga berkesan terhadap kesakitan dan bengkak.
  • Ekstrak halia dapat membersihkan kolon, mengurangkan kekejangan dan merangsang peredaran. Ia adalah antioksidan yang kuat dan antimikrob.
  • Ekstrak cat's claw adalah sangat berkesan dalam merawat artritis, reumatisme dan meningkatkan pergerakan sendi.
Kebaikan
  • Mengandungi ciri-ciri anti-radang dan sumber pemakanan untuk pesakit artritis, reumatisme atau masalah sendi yang berkaitan.
  • Mengurangkan sakit sendi, bengkak, kekejangan dan merangsang peredaran darah.
  • Mempunyai antibakteria, anti-kulat dan antioksidan.
  • Mengurangkan keradangan, bengkak serta mempercepatkan pembaikan tisu.
Bahan Aktif
  • Kulit pokok willow putih (white willow bark), ekstrak boswellia serrata, ekstrak kunyit, ekstrak bawang, ekstrak stem nanas, ekstrak halia, ekstrak cat's claw.
Bentuk Produk
  • Kapsul sayuran - 90 kapsul / 500mg
Kaedah Penggunaan
  • Dewasa : Ambil 1-2 kapsul sehari (sebelum makan).
  • Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET