Glucosamine merupakan satu daripada sebatian yang diklasifikasikan sebagai gula amino. Tidak seperti gula yang terdapat dalam badan kita, sugar amino ialah komponen karbohidrat yang digunakan didalam struktur tisu-tisu badan, dan bukan digunakan sebagai sumber tenaga.

Cecair dan rawan yang berada disekeliling sendi bertindak sebagai pelincir. Bagi sesetengah pesakit yang mempunyai osteoarthritis, sendi rawan menjadi semakin nipis dan rosak. Ini akan menyebabkan sakit pada sendi. Kajian menyatakan bahawa dengan mengambil suplemen glucosamine akan meningkatkan rawan dan cecair disekeliling sendi atau membantu mengelakkan dari terjadinya kerosakkan pada kedua-dua rawan dan cecair pada sendi ini.

Oleh kerana sulfat diperlukan oleh badan untuk menhasilkan rawan, sesetengah kajian mengatakan sulfat pada glucosamine sulfat adalah sangat penting. Ini adalah salah satu sebab mengapa para pengkaji percaya bahawa glucosamine sulfat berfungsi dengan lebih berkesan berbanding glucosamine lain seperti glucosamine hydrochloride atau N-acetyl glucosamine yang tidak mengandungi sulfat.

Kebaikan
  • Glucosamin sulphate diambil secara oral untuk osteoarthritis, sakit sendi termasuklah sakit lutut, sakit belakang dan sakit rahang
  • Ia sangat berguna untuk merawat sindrom pada pundi kencing (Interstitial cystitis) dan multiple sclerosis.
  • Selalunya diambil bersama chondroitin sulfat, MSM atau shark’ cartilage (rawan ikan yu)
Bahan aktif
  • Glucosamine Sulphate 400mg
Bentuk Produk
  • Kapsul - 60 kapsul
Kaedah Pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul, 2-3 kali sehari (selepas makan)

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET