D-Ribose, yang juga dikenali sebagai ribose atau Beta-D-ribofuranos. Ia merupakan molekul gula glukose 5 karbon yang dihasilkan secara semulajadi didalam badan. Ia membantu dalam penghasilan tenaga dalam bentuk ATP (adenosine triphosphate). Suplemen ribose digunakan secara meluas sebagai perubatan alternatif dalam industri-industri kesihatan kerana ia efektif dalam meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia. Dalam perubatan, ia paling sering digunakan untuk meningkatkan tenaga otot dan meningkatkan prestasi senaman.

Untuk sesetengah penyakit, D-ribose digunakan untuk membantu meningkatkan toleransi senaman atau mengelakkan kesakitan selepas bersenam, kekejangan atau kekakuan. Untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung, ia juga membantu dalam memberikan tenaga kepada jantung ketika melakukan senaman.

Kebaikan
  • D-ribose membantu untuk mengatasi sindrom keletihan yang kronik
  • Kajian menunjukkan bahawa pengambilan D-ribose secara oral ternyata dapat meningkatkan pemulihan ATP, supaya tempoh pemulihan untuk otot rangka dan jantung kembali kepada keadaan sebelum senaman dengan lebih cepat. Dengan pengambilan sebanyak 3-5 gram sebelum dan selepas latihan senaman berat, dapat memulihkan keletihan dengan lebih cepat. Kesan D-ribose secara amnya dapat mempercepatkan proses pemulihan menjadi 80 minit dan paling cepat ialah 40 minit. Tambahan lagi, D-ribose meningkatkan fungsi jantung dan otot dengan mengimbangkan paras tenaga selular yang tinggi dan memendekkan masa yang diambil untuk otot jantung dan badan untuk pemulihan.

  • D-ribose membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung
  • D-ribose meningkatkan rintangan otot jantung daripada keletihan dengan membina lebih ATP dalam badan, dengan ketara meningkatkan kesihatan jantung ke arah pemulihan

    Ia sangat efektif dalam mengekalkan integriti fizikal otot jantung. D-ribose secara semulajadinya meninggkatkan paras ATP untuk meningkatkan pengucupan jantung yang seterusnya meningkatkan pengaliran darah, oleh itu pemulihan otot jantung berlaku dengan lebih cepat selepas serangan jantung. D-ribose juga memainkan peranan tambahan dalam mengawal penyakit jantung iskemia kerana kekurangan aliran darah ke jantung akibat daripada pengucupan jantung tidak mencukup atau lemah. Penghasilan ATP akan meningkat untuk mengembalikan integriti tisu-tisu jantung dengan membenarkan lebih banyak aliran darah dan mengurangkan keletihan.

  • a) D-ribose boleh diadministrasikan dengan pelbagai cara klinikal untuk penyakit kardiovaskular:
  • 1. Penyakit koronari ateri

    2. Angina stabil dan tidak stabil

    3. Pemulihan daripada pembedahan jantung atau kesan penyakit jantung yang major, seperti serangan jantung

    4. Kegagalan jantung kongestif dan hidroterapi jantung untuk meningkatkan fungsi diastolic jantung

    5. Atrial dan ventricular arrhythmia

    6. Diagnos jantung untuk unmask hibernating myocardium

  • b) D-ribose membantu dalam kegagalan jantung kongestif
  • Terapi ribose secara langsungnya menyokong keupayaan jantung untuk memelihara dan membina semula punca tenaganya. Melalui tindakan ini, ribose membantu jantung dengan ATP yang diperlukan untuk ia berfungsi.

  • c) D-ribose membantu dalam penyakit koronari arteri dan penyakit vascular periferal
  • Iskemia jantung atau penyakit vaskular mempunyai kesan yang mendalam pada metabolisma tenaga tisu. Punca tenaga boleh ditekan sebanyak 40% untuk pesakit yang mempunyai iskemia jantung yang kronik. D-ribose meningkatkan paras tenaga jantung dalam pesakit iskemia yang sangat kronik dengan mengurangkan keletihan, meningkatkan toleransi senaman dan meningkatkan kualiti hidup.

  • d) D-ribose membantu dalam perlindungan myocardium dan pemulihan dalam pembedahan jantung
  • Memberikan ribose kepada pesakit-pesakit ini sebelum (sebagai perlindung-jantung) dan selepas (untuk mengembalikan tenaga yang hilang) telah dibuktikan menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan hasil klinikal. Ia membantu jantung mengepam darah lebih mudah.

  • e) D-ribose dan pembedahan “degupan jantung” meningkatkan hasil pintasan
  • D-ribose membina semula punca tenaga selular, membenarkan sel mengawal jumlah kalsium dengan baik, mengurangkan keaktifan nociceptor dan aliran keluar ion potassium, modulasi kesakitan dan merehatkan otot. Terapi D-ribose untuk pesakit fibromyalgia sangat efektif dalam mengurangkan keletihan, mengurangkan kesakitan dan kekakuan, dan meningkatkan kualiti hidup pesakit berkenaan.

  • D-ribose membantu dalam mengawal gula dalam darah anda
  • D-ribose meningkatkan penghasilan insulin, hormone dirembeskan oleh pancreas yang membantu dalam mengangkut glukos ke organ berlainan dalam badan. Terlebih glucose didalam badan secara amnya tidak baik dan D-ribose menunjukkan terdapat perencatan dan kesan regulatori pada enzim, dikenali sebagai phosphoglucomutase yang dirembeskan oleh hati yang memecahkan glycogen (glukos yang disimpan didalam badan) menurunkan paras gula dalam darah.

  • D-ribose membantu dalam fibromyalgia dan otot yang sihat
  • Fibromyalgia merupakan keadaan dimana badan menjadi sangat lemah dengan kesakitan kronik pada sesetengah bahagian badan. D-ribose mempengaruhi sintesis ATP yang dengan secara langsung mengurangkan sakit otot yang akhirnya meningkat kualiti hidup seseorang.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET