Keupayaan badan untuk menghasilkan CoQ10 menurun dengan peningkatan usia, penyakit, nutrisi pemakanan yang rendah, tekanan dan juga ubat kolesterol yang mengandungi kumpulan statin seperti lovastatin yang menghalang sintesis CoQ10 terutamanya di hati. Kekurangan CoQ10 boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu seperti kanser. Oleh itu, CoQ10 digalakkan sebagai rawatan untuk kanser dan ia sering digunakan bersama dengan vitamin lain. CoQ10 juga melindungi jantung daripada kerosakan akibat oleh ubat kemoterapi tertentu, seperti doxorubicin (Adriamycin).

Ramai orang menggunakan koenzim Q-10 untuk merawat masalah jantung dan pembuluh darah seperti kegagalan jantung kongestif (CHF), sakit dada (angina), tekanan darah tinggi dan masalah jantung yang dikaitkan dengan ubat-ubatan kanser tertentu. Ia juga digunakan untuk kencing manis, penyakit gusi, kanser payudara, penyakit Huntington, penyakit Parkinson, distrofi otot, meningkatkan toleransi senaman, dan sindrom keletihan kronik (CFS).

Kebaikan
  • Meningkatkan tahap tenaga.
  • Melindungi jantung; CoQ10 harus diambil bersama-sama dengan ubat jantung yang lain dan ubat anti-kolesterol.
  • Mencegah penyakit gusi.
  • Memperlambatkan proses penuaan.
  • Memperbaiki kecantikan kulit.
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Antioksidan kuat.
  • Membantu menurunkan berat badan.
Bahan Aktif
  • Co-enzim Q10 - 450mg untuk bioavailabiliti 60mg. Produk ini merupakan salah satu enzim Co-Q10 yang terbaik di pasaran.
Bentuk Produk
  • Kapsul sayuran - 120 kapsul / 450mg
Kaedah penggunaan
  • Dewasa : Ambil 2 kapsul, dua kali sehari (selepas makan). Sebaik-baiknya sebelum pukul 4 petang.
  • Kanak-kanak : 1/2 dos dewasa.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET