Apa itu progesterone?

  • Progesteron adalah hormon steroid yang sering dikenali sebagai salah satu hormon seks.
  • Progesteron merupakan salah satu daripada dua kumpulan utama hormon pembiakan wanita, selain estrogen.
  • Ia dihasilkan oleh ovary semasa wanita dating haid
  • Progesterone merupakan hormon kesuburan dan kehamilan yang utama.
Fungsi progesteron dalam badan
  • Mempunyai pelbagai peranan dalam mengimbangi kesan-kesan estrogen kepada badan.
  • Untuk kesinambungan hidup dan perkembangan embrio dan janin dalam Rahim
  • Memberikan pelbagai teras kesan biologi dalam badan.
  • Mengimbangi paras insulin dalam badan
  • Membantu dalam nafsu seks
  • Mencegah tumbesaran tisu payudara dari membesar lebih cepat
  • Melindungi dari penyakit cystic
  • Bertindak sebagai precursor (blok-blok) hormon steroid yang lain (contohnya estrogen, testosteron dan kortisol ).
  • Membantu sistem saraf pusat menghasilkan kesan yang menenangkan (antidepresan semula jadi), memperbaiki corak tidur, menguatkan ingatan dan lebih focus.
  • Bekerja dengan estrogen untuk membantu dalam pengawalan tindakan sel-sel yang membentuk tulang baru dan deemphasize kesan kortikosteroid mineral, seperti kortisol yang penting dalam mengurangkan pengumpulan bendalir dan kembung.

Apabila progesterone berada dalam keadaan yang seimbang, ia memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia.

Progesteron bio-identical juga memberikan fungsi-fungsi yang sama

Menurut Natural-Hormones.net, paras normal progesteron adalah berbeza mengikut kitaran haid dan kitaran hidup seorang wanita. Pada peringkat pra-menopaus mempunyai penurunan ciri-ciri progesteron, yang membawa kepada paras terendah semasa menopaus.

Terdapat banyak keadaan lain yang boleh mengubah paras progesterone dalam badan. Doktor akan bincangkan dengan anda sekiranya terdapat keputusan yang diluar jangkaan berkaitan dengan simptom dan sejarah kesihatan anda.

Simptom-simptom sekiranya paras progesterone adalah rendah
  • Hot flashes
  • Rasa panas tiba-tiba
  • Berpeluh malam
  • Insomnia
  • Kekeringan faraj
  • Susah untuk memberikan penumpuan
  • Gangguan dalam ingatan
  • Kemurungan
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Mudah marah
  • Kerap terkena jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Senggugut yang kuat
  • Sakit sendi
  • Rasa sakit/tidak selesa pada payu dara
  • Kulit kering
  • Hipoglisemia
  • Keletihan
  • Kekurangan libido
Kekurangan progesterone adalah disebabkan oleh
  • Menopaus
  • Masalah dalam ovulasi
  • Kemungkinan keguguran
  • Tekanan yang kronik
  • Sindrom polycystic ovary
  • Kerintangan insulin
  • Penghasilan estrogen yang melampau
  • Kurang nutrisi
  • Sesetengah ubat-ubatan hormone
  • Kecacatan kromosom
Apa yang berlaku ketika kekurangan progesterone
  • Kemandulan
  • Keguguran

Didapati ramai wanita yang mempunyai tahap progesteronnya rendah terlibat dengan keguguran yang kerap atau yang tidak mampu untuk hamil. Ia adalah penting untuk wanita-wanita ini mendapat maklumat mengenai terapi hormon progesteron untuk meningkatkan peluang mereka dalam mengekalkan kesuburan.

Fungsi progesterone pada wanita
  • Untuk mengimbangi atau melawan kesan-kesan estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser peranakan
  • Precursor terhadap banyak hormon steroid yang lain, dapat meningkatkan keseimbangan hormone-hormon selepas menopause.
  • Merangsang pembinaan tulang dan membantu dalam mencegah terjadinya osteoporosis.

Paras estrogen hanya akan menurun sebanyak 40-60% ketika menopaus , peratusan ini adalah cukup untuk menghentikan kitaran haid. Akan tetapi paras progesteron boleh berkurang sehingga kosong bagi sesetengah wanita.

Formulasi yang digunakan
  • Progesterone krim, vegetable capsules dan suppositories.
Kenapa memilih progesterone bio-identical?

Progesteron bio-identical adalah baik berbanding progestin (hormon progesterone sintetik) kerana progesterone bio-identical hampir menyerupai hormone sebenar dan tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini apabila diambil seperti yang telah diarahkan.

Sebagai contoh, plasenta menghasilkan 300-400mg progesteron setiap hari dalam ketika bulan-bulan terakhir kehamilan, jadi kita dapat mengetahui paras selamat bagi progesterone untuk pembesaran bayi.

Akan tetapi bagi progestin, walaupun menggunakan dos yang sama masih boleh menyebabkan kecacatan pada kelahiran.

Progestins juga menyebabkan banyak kesan sampingan yang lain, menganggu penglihatan, kanser payudara (uji kaji terhadap anjing), peningkatan risiko strok , pengumpulan cecair , sakit kepala migrain, asma, dengupan jantung tak serata dan kemurungan.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET