Apa itu Pregnenolone?

  • Merupakan Neurosteroid (steroid yang disintesis oleh otak dan sistem saraf dalam tubuh) yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal.
  • Bertindak sebagai precursor utama kepada hormone-hormon steroid yang lain termasuklah DHEA, progesteron, testosteron, estrogen, dan kortisol.
  • Diperbuat daripada kolesterol dalam sel-sel kelenjar adrenal dan sistem saraf pusat.
  • Sedikit dihasilkan dalam hati, buah zakar, ovari, kulit, retina dan otak.

Secara umumnya, untuk mendapatkan Pregnenolone, badan manusia memerlukan jumlah kolesterol yang mencukupi termasuklah kandungan nutrient yang lain, seperti vitamin A, hormon tiroid dan enzim. Jika mana-mana nutrient ini tidak mencukupi, adalah mustahil untuk mendapatkan kandungan pregnenolone yang mencukupi untuk badan. Pregnenolone tidak dapat dihasilkan semula jadi dari diet kita.

Di dalam badan, Pregnenolone digunakan sebagai Pregnenolone sendiri, atau enzim dalam sitoplasma untuk menukarkan Pregnenolone kepada DHEA, yang kemudiannya ditukarkan kepada Androgen (Testosteron), Estrogen dan steroid lain. Melalui proses lain, ia ditukarkan kepada Progesteron. Inilah sebabnya mengapa Pregnenolone dikenali sebagai hormon precursor yang utama.

Terdapat lebih daripada 150 hormon steroid yang dihasilkan daripada Pregnenolone dalam badan. Menariknya, terdapat perbezaan yang jelas dalam metabolisme Pregnenolone pada lelaki dan perempuan. Pada lelaki, Pregnenolone yang dihasilkan dalam buah zakar mempunyai keupayaan yang tinggi untuk bertukar kepada testosteron, manakala Pregnenolone yang dihasilkan dalam ovari mungkin dapat ditukar kepada estrogen.

Apakah fungsi Pregnenolone?
  • Bertanggungjawab dalam pengeluaran hormone-hormon lain, terutama hormon seperti estrogen, progesteron, androgen seperti testosteron, DHEA, mineralocorticoids seperti aldosteron dan glukokortikoid seperti kortisol.

Secara umumnya, Pregnenolone bukanlah hormone yang mempunyai peranan yang penting dalam badan kita. Walau bagaimanapun, Pregnenolone penting untuk penghasilan hormon penting lain contohnya progesteron, DHEA, estrogen, testosteron dan lain-lain.

Semua hormon steroid ini perlu dalam badan kita kerana mereka memainkan pelbagai peranan fisiologi dan diperlukan oleh sistem pembiakan untuk berfungsi dengan betul.

Selain itu, aldosteron yang dibentuk Pregnenolone membantu dalam mengekalkan keseimbangan sodium dan kalium dalam badan kita.

Hormon Pregnenolone lain ialah kortison yang mempengaruhi tahap tekanan pada manusia.

Apakah tanda-tanda kekurangan Pregnenolone?
  • Sama seperti hormon seks, penghasilan pregnenolone menurun dengan peningkatan umur. Oleh itu, apabila Pregnenolone berkurangan, hormon seks juga turut berkurang. Ini kerana Pregnenolone adalah hormon precursor kepada hormon seks.
  • Oleh itu, simptom kekurangan pregnenolone adalah berkaitan dengan simptom kekurangan hormone seks wanita dan lelaki.
  • Libido yang rendah (kerana tahap penurunan estrogen dan testosteron)
  • Ciri-ciri seksual sekunder berkurang (termasuk tiada rambut diabwah ketiak dan kemaluan, mata kering, rasa panas tiba-tiba dan keletihan).
  • Memori dan kesedaran mental bekurang
  • Sakit sendi
  • Keletihan dan kurang upaya
Apa yang menyebabkan kekurangan Pregnenolone?
  • Penuaan
  • Tekanan : Dikatakan bahawa apabila seseorang itu didalam situai tertekan, tahap kortisol di dalam badan meningkat menyebabkan paras pregnenolone menurun.
  • Paras estrogen wanita berkurang (terbukti dengan kajian klinikal).
Kekurangan Pregnenolone membawa kepada?
  • Kekurangan adrenal
  • Kemurungan
Apakah kebaikan Pregnenolone?

Pregnenolone memberikan banyak kesan yang baik terhadap badan kerana pregnenolone merupakan hormone yang bertanggungjawab keatas banyak fungsi hormone steroid didalam badan. Suplemen pregnenolone membantu dalam menangani tekanan dan keletihan. Berikut merupakan kebaikan-kebaikan pregnenolone:

  • Menunjukan pelbagai kesan positif ke atas sistem saraf pusat
  • Penting untuk keadaan saraf dan otak yang baik
  • Ingatan bertambah kuat dan kemahiran pembelajaran meningkat
  • Melegakan artritis
  • Digunakan untuk merawat kemurungan (antidepresan), melegakan tekanan, meningkatkan mood dan rasa kesejahteraan
  • Menggalakkan pemikiran yang jelas
  • Menjadi lebih fokus
  • Meningkatkan kecerdasan dan menggalakkan fungsi mental yang lebih baik
  • Membantu kita untuk berfikir lebih jelas dan lebih cepat
  • Mengekalkan kapasiti otak pada maksimum
  • Meningkatkan keinginan untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru (kreativiti)
  • Dalam beberapa cara, ia mempengaruhi (psikik) tahap tenaga
  • Melambatkan penuaan: Ahli-ahli sains percaya bahawa dengan meningkatkan paras Pregnenolone bagi seseorang yang sedang mengalami penuaan pra-matang boleh menjadi lebih muda
  • Boleh memberi manfaat kepada rawatan kognitif dan symptom negatif bagi pesakit schizophrenia, simptom kognitif bagi gangguan mood sama seperti Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)

Analisis menunjukkan bahawa Pregnenolone mempunyai kesan positif ke atas Alzheimer, Multiple sclerosis, Parkinson, sawan, Sindrom Keletihan yang Kronik (CFS), Diabetes dan juga masalah autoimun, seperti Lupus dan Skleroderma, Penyakit Jantung, pembinaan otot, Sistem Imun, Kolesterol peringkat, penglihatan dan pendengaran, PMS, Benign Prostat hiperplasia, keadaan kulit dan penurunan berat badan.

Pregnenolone juga telah diuji dengan keputusan yang memberangsangkan keatas saraf tunjang dan saraf kecederaan akibat kemalangan atau penyakit

Antara peranan Pregnenolone yang lain iaitu
  • Pesakit yang tertekan didapati mempunyai paras Pregnenolone yang rendah dalam cecair cerebro-tulang belakang mereka. Cecair ini beredar di seluruh tulang belakang dan otak, apa-apa perubahan kimia dapat dilihat di dalam cecair tulang belakang ini.
  • Menurut Eugene Roberts, neurobiologist dari City of Hope Medical Center di Los Angeles dan rakannya, James F. Morley, seorang ahli biologi dari St. Louis VA Medical Center, hormon pregnenolone diperlukan untuk membantu memulihkan ingatan yang hilang. Kajian terhadap pregnenolone dan steroid lain telah diuji keatas seekor tikus. Pada akhir eksperimen, dapat membuktikan bahawa Pregnenolone adalah beratus kali lebih kuat daripada mana-mana penguat memori yang telah diuji sebelum ini. Dalam laporan mereka pada Mac 1992 National Academy of Sciences, dinyatakan bahawa Pregnenolone mengembalikan paras hormon memori kepada normal yang berkurangan akibat penuaan.
  • Roberts menyatakan bahawa Pregnenolone telah digunakan dalam tahun 1940-an untuk merawat artritis reumatoid. Ia juga membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan tenaga bagi keletihan. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, kortisol, satu lagi hormon yang hamper sama, ditemui. Apabila kortisol diberikan kepada pesakit yang menghidap rheumatoid arthritis, dapat diubati dalam masa yang singkat. Oleh itu, kortisol mendapat populariti dalam perubatan. Oleh yang demikian, pregnenolone diketepikan. Akan tetapi Roberts mempertahankan dengan mengatakan bahawa pregneninolone tidak mempunyai kesan sampingan yang buruk.
  • Pregnenolone juga bertindak pada reseptor NMDA (N-metil-D-Aspartate) yang menggalakkan pembelajaran dan ingatan dengan menyelaras fungsi sinaps pada neuron. Dr.Flood dari Geriatrik Penyelidikan Pendidikan dan Pusat Klinikal di St Louis menulis "Pregnenolone adalah penguat memori yang paling kuat belum dilaporkan"
  • Ubat kolesterol
  • Ubat yang diambil oleh pesakit untuk menurunkan paras kolesterol boleh menghalang penghasilan pregnenolone, maka ini akan menyebabkan fungsi otak terjejas. Pregnenolone mempunyai keupayaan unik untuk membina semula sistem enzim cytochrome P-450 yang bertanggungjawab untuk menukarkan kolesterol kepada Pregnenolone. Oleh itu, suplemen Pregnenolone adalah penting untuk pesaki-pesakit yang mengambil ubat menurunkan kolesterol ini. Enzim lain dalam sistem P-450 adalah sangat penting untuk proses detoksifikasi yang turut distabilkan oleh Pregnenolone.

    Pregnenolone tidak menjejaskan kadar sintesis enzim ini, tetapi ia berfungsi untuk menstabilkannya terhadap enzim proteolitik normal, meningkatkan aktiviti mereka. Tindakan penstabilan ini adalah ciri am steroid.

  • Perlindungan daripada ketoksikan kortison
  • Kesan ketoksikan kortisol termasuklah euphoria pada siang hari, insomnia dan rasa panas tiba-tiba pada waktu malam, osteoporosis, penuaan otak, atrofi kulit dan tanda-tanda penuaan pra-matang dan atrofi adrenal (mengecut). Adalah dipercayai bahawa pendorong-tekanan dalam kortison boleh menyebabkan diabetes pada sesetengah pesakit.

    Dilaporkan bahawa Pregnenolone boleh digunakan untuk berhenti dari terapi kortison dalam tempoh satu bulan tanpa menyebabkan simptom penyakit "Addison" (dari atrofi adrenal), menyerang. kerana kesan penormalan semula pada kelenjar adrenal. Bagi pesakit wanita, terapi progesteron juga boleh digunakan.

  • Pengurangan Exophthalmia pada pesakit penyakit Graves
  • Pada tahun 1950-an, pregnenolone telah diuji ke atas pesakit yang mempunyai exophthalmos (mata membonjol) disebabkan penyakit Graves. Dilaporkan bahawa mata mereka cepat surut ke keadaan biasa pada soket mata.

    Disebabkan oleh Pregnenolone adalah hormon precursor, ia menjadikannya terapi yang selamat. Pregnenolone disyorkan untuk semua yang berumur 40 tahun keatas, malah lebih muda juga digalakkan jika masalah kesihatan yang berterusan berlaku. Ini termasuk juga diabetes juvana. Ini kerana Pregnenolone telah menunjukkan bahawa ia boleh menjana semula sel-sel beta pankreas pada haiwan yand diabetes. Jika ia berfungsi ke atas haiwan, ia juga berkesan untuk manusia.

    Formulasi yang digunakan
    • Pregnenolone (kapsul sayuran)
    Siapa yang tidak perlu mengambil Pregnenolone?
    • Seperti yang kita tahu, Pregnenolone ialah hormon, maka pengambilannya perlu di bawah pengawasan doktor. Pregnenolone tidak boleh diambil jika kekurangan nutrisi kerana ia boleh menjejaskan fungsi sistem endokrin.
    • Jangan mengambil Pregnenolone jika anda mengalami msalah sawan, kerana Pregnenolone boleh menyekat aktiviti GABA, menyebabkan aktiviti sistem saraf pusat meningkat dan boleh menyebabkan sawan keatas mereka yang mempunyai epilepsi.
    • Anda juga tidak perlu mengambil Pregnenolone jika anda sedang mengambil DHEA sahaja atau pregnenolone bersama-sama dengan DHEA untuk merawat keletihan adrenal, dos DHEA perlu dikurangkan kerana sebahagian daripada Pregnenolone secara semula jadinya bertukar ke DHEA di dalam badan kita.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET