Glutathione (GST) ialah peptide, terdiri daripada rentetan asid amino yang merupakan blok binaan asas protein. Tripeptide (3 asid amino) yang terdiri daripada cysteine, asid glutamic dan glycine merupakan selular pertahanan yang penting yang membenarkan badan untuk menghalang dan melawan jangkitan dan penyakit.

Glutathione dalam bentuk transdermal krim juga terbukti dapat menyerap terus ke aliran darah tanpa rosak di perut dan hati, lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai masalah gastrousus dan pencernaan. Apabila glutathione diambil secara oral ia akan dicerna kepada pelbagai jenis komponen, atau pelopor glutathione, menyebabkan peningkatan paras glutathione perlahan. Sesetengah doktor mengadministrasikan melalui IV. Walaubagaimanapun, glutathione akan cepat teroksidasi didalam beg IV dan ini akan menyebabkan ia kurang efektif.

Glutathione ialah sebatian yang dihasilkan secara semulajadi oleh hati. Ia juga dijumpai didalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging. Glutathione dihasilkan oleh setiap satu sel kita. Glutathione yang terdapat didalam sel kita dapat menentukan berapa lama kita akan hidup. Para penyelidik mengatakan bahawa paras glutathione kita akan berkurangan bermula pada umur sekita 20 tahun, berkurang sebanyak 1% setiap tahun. Para saintis telah menteorikan bahawa pengurangan paras glutathione sebanyak 30% boleh menyebabkan disfungsi selular. Kekurangan glutathione dapat dilihat pada mereka yang mempunyai corak pemakanan yang tidak sihat. Glutathione juga memainkan peranan yang penting dalam regulasi kebanyakkan fungsi badan yang perlu untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Ia merupakan keperluan penting untuk badan - antioksidan, meningkatkan imun dan detoksifikasi. Tiada antioksidan lain yang lebih efektif dalam memberikan kesihatan yang menyeluruh daripada glutathione. Tanpanya, sel-sel akan musnah akibat pengoksidaan tidak terkawal, badan anda akan mudah mendapat jangkitan bakteria, virus, kanser dan hati anda akan kurang berfungsi akibat daripada pengumpulan toksin-toksin.

Paras glutathione yang rendah berkait dengan penyakit kronik seperti kanser, sclerosis, hepatis, AIDS, Alzheimer, Parkinson, aterosklerosis, komplikasi kehamilan, katarak, asma, autism, bronchitis, fibromyalgia, insomnia, kemandulan lelaki, migraine, osteoporosis, kesakitan, penglihatan kurang baik, PMS, psoriasis, kedutan, nafsu seks menurun, keletihan yang kronik dan cirrhosis.

Kebaikan
  • Meningkat imun sistem : aktiviti sistem imun badan, melibatkan multiplikasi limfosit yang tidak terbatas dan penghasilan antibodi, ini memerlukan pengekalan paras glutathione yang normal dalam limfosit.
  • Antioksidan dan membuang radikal bebas : glutathione memainkan peranan dalam memelihara sebarang kerosakkan akibat bakteria, virus, pencemaran dan radikal bebas.
  • Mengawal antioksidan yang lain : tanpa glutathione, antioksidan lain yang penting seperti vitamin C dan vitamin E tidak dapat menjalankan fungsi mereka dengan baik untuk melindungi badan daripada penyakit.
  • Agen ditoksifikasi : fungsi utama lain glutathione ialah dalam proses ditoksifikasi bahan kimia asing seperti karsinogen dan metabolit-metabolit yang merbahaya.
  • Peredaran-mikro dalam tisu : pengoksigenan tisu lebih baik.
  • Penyakit kulit : glutathione dapat mengatasi psoriasis/ezema/rosacea, bintik-bintik hitam akibat penuaan, hiperpigmentasi kulit, actinic keratosis, sunburn, hemmorhoids. Glutathione merangsang dan membina semula rawan, meningkatkan tisu penghubung. Ia bagus untuk bawah mata sembab, kelopak mata. Melembabkan kulit kering, berkuping atau kulit rosak.
  • Penyembuhan luka : ia disapu pada luka. Ia juga boleh digunakan untuk luka akibat baring terlampau lama.
Bahan aktif
  • Glutathione - 250mg/ml
Bentuk produk
  • krim
Langkah penggunaan
  • Dewasa : sapukan 1ml pada bahagian kulit yang lembut/nipis. Gosok perlahan-lahan. 1 - 2 kali sehari
  • Kanak-kanak : 1/2 daripada dos dewasa.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET