Calendula dipercayai berasal dari Mesir dan boleh dijumpai hampir di seluruh dunia. Spesis ini terdiri daripada beberapa jenis yang berbeza terutamanya pada bentuk bunga dan warna. Tumbuhan ini telah ditanam di taman-taman Eropah sejak abad ke-12 lagi, dan khasiat-khasiatnya telah diperkatakan berukurun lamanya. Tincture dan ekstrak bunga ini telah digunakan secara topikal (luaran) untuk membantu dalam penyembuhan luka dan mengurangkan keradangan. Tumbuhan ini tersenarai dalam Suruhanjaya Jerman E Monograf untuk penyembuhan luka dan kesan anti-radangnya.

Krim calendula ini digunakan terutamanya untuk merawat gatal-gatal kulit, lebam, luka terbakar dan luka terbuka. Calendula meningkatkan neovascularization dalam tisu, atau pertumbuhan kapilari kecil baru, yang meningkatkan peredaran darah dan membantu penyembuhan luka. Ia mempercepatkan pembaikan tisu untuk luka terbuka dan juga untuk kecederaan tisu yang disebabkan oleh selaran matahari. Asas krim mempunyai kesan penyejukkan pada tisu-tisu bagi membantu melegakan kegatalan dan rasa sakit. Krim Calendula juga boleh digunakan untuk merawat keradangan sejuk yang ringan.

Kebaikan
  • Mengekalkan kelembapan untuk membantu kulit sensitif.
  • Membantu melegakan kulit selepas kulit terdedah dengan elemen-elemen berbahaya.
  • Membantu melicinkan, melegakan dan melembutkan kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit otot dan kekejangan.
  • Anti-bakteria dan anti-kulat.
  • Melembabkan kulit yang bersisik.
  • Membantu dalam merawat buasir.
Formulasi yang digunakan
  • Krim Calendula dalam 5g/botol
Cara Pengunaan
  • Suamkan sedikit diantara hujung jari dan sapukan perlahan-lahan pada kulit.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET