Tanah liat merupakan salah satu contoh penggunaan bahan-bahan berasal dari tanah untuk merawat masalah kesihatan. Apabila disapukan pada kulit, tanah liat akan mengeluarkan toksin dari permukaan tanah liat (penyerapan). Toksin-toksin ini kemudiannya akan memasuki tanah liat dan kekal diantara lapisan (penyerapan).

TANAH LIAT BENTONITE ETERNAL tergolong dalam kelas teraputik smektit; yang merupakan sejenis tanah liat yang akan mengembang jika didalam air. Salah satu tanah liat dalam kelas ini dipanggil Montmorillonite, sejenis tanah liat yang dinamakan sempena nama tempat iaitu Montmorillon di Perancis. Struktur tanah liat Montmorillonite ini sangat halus dan nipis, ia juga mempunyai luas permukaan yang besar. Berwarna putih hingga hijau pucat hingga kuning-coklat atau merah. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, tanah liat terapeutik haruslah yang asli dan tidak dirawat.

Kebanyakkan pesakit-pesakit Gerson menggunakan tanah liat untuk membantu dalam mengurangkan simptom yang mereka alami semasa proses detoksifikasi atau semasa proses penyembuhan. Tanah liat juga boleh digunakan oleh bukan pesakit untuk menangani pelbagai masalah kesihatan. Tanah liat juga boleh membantu merawat kerengsaan kulit

Kegunaan dalaman

Untuk cirit-birit, pesakit perlu ambil ¼ sudu kecil tanah liat dengan 1/8 sudu kecil potassium gluconate dengan teh pudina setiap 4 jam. Tanah liat juga boleh diambil secara oral untuk merawat keracunan makanan, gastroenteritis virus (keradangan pada perut dan usus disebabkan oleh virus) atau kesakitan pada perut.

Kegunaan luaran

TANAH LIAT BENTONITE ETERNAL boleh dicampurkan dengan air untuk dijadikan pes dan letakkan pada secebis kain untuk dijadikan “pek tanah liat” (tuam). Pek tersebut kemudiannya diletakkan pada luka. Herba-herba juga boleh ditambah pada tanah liat. Contohnya: Catnip, milk thistle, chamomile dan sebagainya.

Lihat arahan dibawah

TANAH LIAT BENTONITE ETERNAL pek boleh diadministrasi dua kali sehari untuk 2-3 jam (sehingga pek tersebut kering) untuk:

  • Melegakan keradangan pada sendi
  • Melegakan bengkak dan pengumpulan cecair
  • Mengurangkan radang tumor
  • Mengurangkan ketegangan atau kesesakan dalam hati dan hempedu
  • Mengeluarkan toksik, apabila diletakkan hati
TANAH LIAT BENTONITE ETERNAL sapu secara topical, boleh juga
  • Mengurangkan penyakit hati
  • Mengeluarkan toksin dari gigitan labah-labah/serangga
  • Merawat bisul, jerawat, ketuat dan ruam pada kulit
  • Mengeluarkan kaca atau serpihan yang tercucuk dalam kulit
  • Melegakan buku lali yang terseliuh
  • Merangsang pergerakan dalam kolon
  • Melegakan sakit gigi
  • Melegakan jangkitan gusi
BAGAIMANA UNTUK MENYEDIAKAN DAN MENGGUNAKAN PEK TANAH LIAT BENTONITE ETERNAL

Letakkan serbuk tanah liat dalam piring kaca, kemudian campurkan dengan air suam sehingga menjadi pes dengan kepekatan yang sama dengan mentega kacang, kebiasannya memerlukan 3 hingga 4 bahagian air dengan 1 bahagian tanah liat, mengikut jumlah. Gunakan sudu kayu, bukan instrument logam. Kuantiti lanah liat yang diperlukan adalah berlainan mengikut saiz kawasan pada kulit yang anda hendak gunakan. Anda perlu sediakan tanah liat yang mencukupi untuk ketebalan antara 1/8 inci.

  • Letakkan sehelai kain kasa, gunakan sudu kayu untuk sapu tanah liat yang dipanaskan (suam) ke atas kain kasa. Kain muslin, kapas, flanel atau bulu biri-biri merupakan kain yang sesuai digunakan untuk pek tanah liat. Sekiranya anda menggunakan pek tanah liat ini pada kawasan kulit yang besar (contohnya perut), anda boleh potong dan gunakan pad pakai buang untuk gantikan kain kasa.
  • Tuamkan tanah liat yang telah disediakan terus pada kulit, dengan tanah liat kena pada kulit. Jika anda risau baju atau tilam akan kotor, anda boleh balut plastik pada baju atau tilam anda sebelum guna.
  • Balutkan kain dengan pita. Jangan balut terlampau ketat.
  • Biarkan pek sehingga tanah liat kering, kira-kira 4 jam. Jika anda letak pek pada waktu malam, anda boleh biarkan ia semalaman. Jika tanah liat masih lembab, maka ia belum kering sepenuhnya.
  • Bersihkan kain dan tanah liat yang telah kering daripada kulit. Basuh lebihan tanah liat pada kulit dengan air dan sodium bikarbonat.
  • Buang tanah liat yang telah digunakan. Anda dinasihatkan untuk memakai sarung tangan ketika membersihkan tanah liat, kerana ia akan penuh dengan toksin dan ini boleh mengurangkan kemungkinan penyerapan semula toksin.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET