Teh Essiac ialah teh yang diperbuat daripada pelbagai herba yang dipercayai mempunyai ciri-ciri karsinogenik. Ramuan teh daridapa 8 jenis herba ini adalah dalam bentuk serbuk. Ia tidak mengandungi kafein, bahan pengawet, bahan pewarna atau bahan kimia dan kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah organik.

Ramuan teh daripada 8 jenis herba
1) Akar Burdock

Akar Burdock mempunyai kesan diuretik. Ia meningkatkan penghasilan urin dan peluh, dan sangat efektif sebagai penapis darah yang meneutralkan dan membuang toksik daripada badan. Akar Burdock kaya dengan vitamin B kompleks dan vitamin E. Bahan-bahan mineral yang ada termasuklah potassium, fosforus, kromium, kobalt, besi, magnesium, silicon zink dan sodium.

Kajian mendapati terdapat kesan anti-tumor pada burdock. Para saintis telah menemui ciri-ciri antimutagenik yang dikenali sebagai "Faktor B". Memorandum daripada World Health Organization mendedahkan bahawa burdock aktif dalam menangangi HIV. Ekstrak biji benih burdock telah temunjukkan kesan anti-kanser pada leukemia (Rujukan: Herbal Medicine, Healing & Cancer By Donald Yance)

2) Blessed Thistle

Blessed thistle digunakan untuk komplikasi pencernaan seperti angina, sembelit dan ketidakselesaan perut. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang penting dalam melawan jangkitan dalam badan.

3) Slippery Elm

Slippery elm membantu kesihatan dinding mukus. Ia boleh mengurangkan keradangan seperti sakit tekak, cirit birit dan masalah dalam pembuangan urin. Slippery elm mengandungi beta-sitosterol dan polisakarida, dimana kedua-duanya menunjukkan kesan anti-kanser.

4) Semanggi Merah / Red Clover

Semanggi Merah merupakan penapis darah yang dapat membersihkan saluran darah dan memperbaiki kekurangan dalam sistem peredaran darah.

5) Selada Air / Watercress

Mempunyai tinggi kandungan Vitamin C, Selada Air kebiasannya digunakan sebagai tonik, dan rasa pahitnya dipercayai dapat meregulasikan selera makan dan meningkatkan pencernaan.

6) Sheep Sorrel

Sheep sorrel mengandungi aloe emodin, iaitu sebatian semulajadi yang menunjukkan kesan anti-leukemia yang kuat. Ia juga kaya dengan asid oxalik, sodium, potassium, besi, manganese, fosforus dan mengandungi antioksida seperti beta karoten dan vitamin C. Ia memberikan kesan diuretik, antiseptik dan juga kesan julap yang sederhana.

7) Rumpai Laut

Rumpai Laut merupakan punca iodin dimana ianya sangat penting dalam penghasilan hormone tiroid. Rumpai Laut ialah tumbuhan laut yang tinggi kepekatam mineralnya, termasuklah: iodine, potassium, magnesium, kalsium dan besi.

8) Akar Rhubarb

Dikenali sebagai herba utama, ia secara tradisionalnya digunakan sebagai julap untuk melegakan sembelit dan untuk membantu dalam pembersihan hati daripada pengumpulan toksik dan bahan buangan. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti radang dan anti bakteria.

Kebaikan
  • Melawan kanser secara semulajadi.
  • Meningkatkan kesejahteraan dan memperbaiki mood.
  • Ia turut merupakan pembersihan darah dan hati yang bagus.
  • Melegakan penyakit kolon.
  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Melegakan keradangan badan secara dalaman dan luaran.
Bahan Aktif
  • Teh Essiac
Bentuk Produk
  • Serbuk - 38g/botol
Kaedah penggunaan
  • Untuk penjagaan kesihatan - 30ml hingga 90ml setiap hari (ketika perut kosong)
  • Untuk sebab-sebab teraputik - 90ml x 3 kali sehari (ketika perut kosong)
  • Penyediaan - seperti yang disarankan oleh doktor anda.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET