Apa itu melatonin?
  • Hormon lipophilic yang dirembeskan kelenjar pineal (kelenjar endokrin kecil yang terletak di tengah-tengah otak)
  • Terbitan dari asid amino, triptofan
  • Salah satu prinsip CNS "neuromodulators"
  • Terutamanya dihasilkan dan dirembeskan pada waktu malam
  • Paras melatonin lebih tinggi ketika muda dan berkurang apabila usia meningkat
  • Apabila kita terdedah kepada cahaya, paras melatonin menurun, apabila persekitaran kita gelap, paras melatonin tinggi.
Apakah fungsi Melatonin dalam badan?
  • Mengawal irama circadian (kitaran jaga/tidur),
  • Mengawal aktiviti hormon lain dalam badan (terutama hormon seks)
  • Melambatkan beberapa kesan penuaan
  • Membantu dalam menghadapi tekanan
  • Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Mempunyai fungsi-fungsi penyembuhan dan ciri-ciri anti-oksidan
  • Perlindungan daripada kerosakan radikal bebas

Remaja dan pertengahan umur dewasa yang sihat biasanya akan menghasilkan kira-kira 5-25mcg melatonin setiap malam.

Kajian baru mendapati melatonin juga memainkan peranan penting dalam proses pencernaan

  • Terdapat banyak melatonin dalam sistem penghadaman; 400 kali lebih banyak daripada kelenjar pineal. Melatonin dihasilkan dalam sel khusus yang dikenali sebagai sel-sel enteroendocrine saluran gastrousus (saluran GI).
  • Melatonin berada dalam semua bahagian saluran GI dan juga dalam pankreas dan hati. Membran mukosa saluran gi dipenuhi dengan mikrob. Kebanyakan mikrob ini melakukan proses interaksi (simbiosis) dengan host induk (mikrob yang lebih besar). Bakteria ini menghasilkan endotoxins sepanjang hari. Apabila endotoxins yang terkumpul mencapai tahap yang kritikal, tindak balas imun dicetuskan berpandukan cytokine interleukin-2. Tidur adalah merupakan gerak balas imun.
  • Proses tidur bermula dengan pengeluaran melatonin dari kelenjar pineal. Pada tengah malam, hormone prolaktin dirembeskan dengah banyak.
  • Kemudian, melatonin bekerja dengan prolaktin untuk merangsang tindak balas imun yang membawa keluar mikroflora untuk mengekalkan badan yang sihat. Ia juga memerangi virus, bakteria patogenik, bahan kimia buatan dan protein asing di dalam badan.

Keseluruhan proses ini memerlukan 8 jam untuk menghasilkan melatonin dan prolactin yang diperlukan. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan hormone tidak dapat meningkatkan system imun dan menyebabkan badan tidak dapat menghapuskan mikroflora dan toksin lain yang terdapat didalam saluran gastrousus. Maka, dengan tidur yang tidak mencukupi dapat memusnahkan system imun badan dan membawa kepada perlumpuhan T sel dan perencat semula jadi pembentukan sel.

  • Melatonin adalah penting untuk motiliti dan keradangan dalam saluran GI.
  • Melatonin, dengan sifat-sifat antioksidan yang kuat, dapat mengawal keradangan dengan menyekat radikal bebas dan proinflammatory molekul itu.
  • Melatonin juga mempengaruhi bakteria usus dan penghasilan sel T-pembantu. Bakteria yang sihat dan sel-sel T-pembantu, membantu mengimbangi sistem imun dan mengawal keradangan
  • Melatonin membantu peredaran mikro di saluran GI menjadi lebih baik kemudian menggalakan pertumbuhan semula epitelium (pembaharuan tisu).
  • Melatonin mengekalkan paras glutathione dan menghalang gangguan pada enzim lysosomal. Ini adalah sangat penting kerana, peningkatan tahap keradangan dalam usus akan menyebabkan sindrom usus bocor, penyakit radang usus (IBD), ulser kolitis, auto-imun, dan lain-lain
  • Melatonin telah menunjukkan keupayaan menurunkan kadar pembebasan proinflammatory cytokine, apoptosis sel, dan kecederaan kolon secara keseluruhan. Ini disebabkan oleh pengaliran darah yang lebih baik, immunomodulation dan kesan-kesan anti-oksidan.
Apa itu proinflammatory cytokine?
  • Cytokines adalah molekul protein yang membantu mengawal selia tindak balas imun badan untuk jangkitan dan trauma. Beberapa Cytokines boleh menggalakkan penyembuhan luka, akan tetapi, proinflammatory cytokine, meningkatkan keradangan dan boleh menjadi punya penyakit-penyakit lain.
Apa itu sel apoptosis?
  • Apoptosis sel adalah merujuk kepada kematian normal sel dalam organisma hidup.
  • Kesimpulannya , tidur dan fungsi pencernaan berkait rapat dan memberi kesan kepada fungsi keseluruhan sistem imun.
  • Apabila usia semakin meningkat, keberkesanan melatonin semakin berkurang. Penghasilan melatonin dalam badan mula berkurang sejak umur 5 tahun.
  • Malangnya , kita kehilangan sehingga 80% apabila kita mencapai 60. Dan itulah sebabnya kita mengalami gangguan tidur dan masalah kesihatan yang lain.
Apakah tanda-tanda kekurangan melatonin?
  • Perlu diingat bahawa kekurangan melatonin tidak semestinya disebabkan oleh genetik, ia juga boleh disebabkan oleh factor pemakanan yang tidak sihat dan pendedahan cahaya berlebihan seperti tidak mematikan lampu pada waktu malam, atau tidak menutup tv ketika tidur.
  • Insomnia
  • Kesukaran untuk tidur kembali apabila terjaga pada waktu malam
  • Mudah terjaga pada waktu malam
  • Tidur yang tidak berkualiti
  • Kurang bermimpi
  • Genetic - insomnia
  • Genetik atau penghidap kanser payudara
  • Genetik atau penghidap kanser prostat
  • Pembesaran prostat
  • Keletihan, cepat marah dan kurang daya tumpuan (terutamanya disebabkan oleh kurang tidur)
  • Kemurungan
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Pengeluaran haid yang luar biasa (sedikit atau banyak)
  • PMS (Sindrom Prahaid)
  • Scoliosis (suatu keadaan di mana tulang belakang bengkok; sama ada ke kanan atau ke kiri).
  • Susah tidur akibat haid
  • Kebimbangan
  • Kepekaan kepada tekanan
  • Katarak
  • Gangguan Neurodegerative (MS, Parkinson, Alzheimer, ALS, dan lain-lain)
  • Paras kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Darah beku
  • Serangan jantung
  • Aritmia jantung
Apakah punca kekurangan melatonin?
  • Kurang tidur
Apa yang menyebabkan tidur terganggu
  • Kerja shift
  • Jet lag
  • Alkohol
  • Kafein
  • ketidakseimbangan gula dalam darah
  • Tekanan
  • Terdedahan kepada cahaya (cahaya terutamanya biru)
  • Gelombang elektromagnet
  • Umur (sesetengah orang tidak mengeluarkan melatonin langsung)
  • Penggunaan ubat-ubat tertentu seperti ibuprofen, aspirin dan NSAID lain, anti-kebimbangan dan anti-depressants, ubat tekanan darah tinggi dan steroid seperti prednisolone.
  • Senaman lewat petang/malam (yang menyebabkan melatonin berkurang selama 3 jam selepas senaman)
  • Pengambilan vitamin B12 yang berlebihan (dos lebih 3,000 mcg boleh merencat pengeluaran melatonin)
Apakah yang berlaku semasa kekurangan melatonin?
  • Insomnia
  • Peningkatan aktiviti waktu malam sistem saraf simpatetik, yang akhirnya meningkatkan risiko penyakit koronari.
  • Peningkatan pengaliran adrenalin dan noradrenalin, yang mempuya kaitan dengan kerosakan pada dinding saluran darah.
  • Penyelidikan mendapati kekurangan melatonin boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara dan kanser prostat
  • Kajian juga mendapati paras melatonin adalah rendah pada pesakit yang mempunyai penyakit panic dan kemurungan.
Formulasi yang digunakan
  • Krim melatonin bio-identical
  • Melatonin bio-identical vegetable kapsul
Apakah kebaikan melatonin bio-identical?
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menguatkan badan dan minda
  • Pengurusan tekanan
  • Menggalakkan pembaikan otot
  • Membekalkan tenaga untuk mental, emosi dan fizikal
  • Memberi tumpuan dan kecerdasan
  • Meningkatkan rasa mengantuk
  • Memanjangkan jumlah tempoh tidur
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Meningkatkan kecerdasan pagi
  • Mengurangkan keletihan pada siang hari.

Melatonin lebih dikenali dalam formulasi bentuk kapsul yang mempunyai keupayaan mengawal kitaran tidur dan menggalakkan tidur yang berkualiti dan waktu jaga. Walaupun melatonin tidak banyak diganakan dalam bentuk krim, kesannya tetap sama seperti kapsul. Krim melatonin juga dapat mengawal rentak jantung dan tidur yang sihat.

Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan tambahan menggunakan melatonin dalam bentuk krim seperti

  • Sangat berkesan dalam mengurangkan kedutan.
  • Melambatkan kesan-kesan penuaan pada kulit.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Munster, Jerman, melatonin topikal telah ditunjukkan dapat mengurangkan garis kedutan selepas hanya satu bulan rawatan. Kajian juga mendapati bahawa kulit lebih lembut dan kelihatan muda.

Dalan ujian klinikal lain pula mendapati, penggunaan selama 6 minggu dapat
  • Menggalakkan penyembuhan tisu yang rosak
  • Dapat membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan semasa melakukan rawatan radiasi

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa, penggunaan krim melatonin adalah lebih banyak manfaatnya berbanding kapsul melatonin.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET