I3C + DIM (Indole-3-Carbinol + Di-indolyl-methane)

Para penyelidik telah mengenalpasti dan menjumpai bahan kimia luar biasa dalam sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli, kobis dan selada air yang boleh melindungi daripada perubahan selular yang boleh membawa kepada kanser kolon, payu dara, tiroid dan kanser-kanser lain. Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa sebatian khusus yang di isolasi dari sayur-sayuran ini - termasuklah indole-3-carbinol (I3C) dan byproduct nya iaitu diindolylmethane (DIM) - mempunyai kelebihan dalam melawan kanser yang unik. I3C dan DIM dijumpai untuk mengubah metabolisma estrogen lelaki dan perempuan, oleh itu melindungi daripada kanser yang bergantung pada hormon seperti yang terdapat pada payudara, serviks dan prostat. I3C, merupakan komponen makanan bio-aktif dalam sayur-sayuran cruciferous, ia mempunyai pelbagai ciri-ciri antikarsinogenik dan antitumorigenik. Beberapa ujian pada kultur sel, haiwan dan manusia telah dijalankan untuk keselamatan dan toleransi I3C, bersama-sama dengan kebolehannya untuk mengelakkan pertumbuhan kanser dan penyebab kematian sel oleh tumor, termasuklah yang berkaitan dengan kanser payudara, prostat, endometrial, leukemia dan kolon.

Kesan I3C yang baik ini sebahagiannya daripada DIM. DIM menunjukkan dapat meningkatkan penghasilan interferon gamma yang berguna oleh sel kanser payurdara. Menurut para saintis di University of California, Berkley, kesan ini penting untuk menerangkan kesan anti kanser oleh DIM kerana kita ketahui bahawa interferon gamma memainkan peranan penting dalam mencegah perkembangan tumor. Para saintis di Wayne State University School Medicine baru-baru ini menjumpai bahawa I3C dan DIM memberi kesan pada sebilangan besar genetik-genetik yang berkaitan dengan kawalan karsinogenesis, kesinambungan hayat sel dan tindakan fisiologi.

Tindakan mekanisma yang penting oleh I3C dan DIM ialah modulasi metabolism estrogen. Reseptor estrogen terdapat pada permukaan hampir pada setiap jenis tisu dalam badan lelaki dan perempuan, dan beberapa kanser-bergantung hormon.

Enzim 2-hydrolase dan 16-alfa-hydroxylase membantu memetabolismakan estrogen. 2-hydroxylase menjana 2-hydroxyestrone dimana menyebabkan estrogen kurang toksik, sementara itu 16-alfa-hydroxylase menjana lebih banyak bentuk biologi estrogen yang kuat, iaitu 16-alfa-hydroxyestrone. I3C efektif dalam mengubah metabolism estradiol iaitu daripada laluan 16-alfa-hydroxylase yang merbahaya kepada laluan 2-hydroxylase.

Peningkatan estrogen bagi lelaki

Lelaki kebiasaannya akan terkejut jika mengetahui bahawa didalam badan mereka mempunyai estrogen (sama seperti apabila wanita mendapati badan mereka mempunyai testosterone). Estrogen dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sebagai byproduct proses penukaran testosterone.

Sebenarnya, paras estrogen yang seimbang bagi lelaki adalah perlu untuk menggalakkan kesihatan libido, meningkatkan fungsi otak, perlindungan jantung dan menguatkan tulang. Akan tetapi, disebabkan oleh penuaan, lemak badan, pengambilan alcohol berlebihan, penggantian hormon, kekurangan nutrisi, racun perosak dan ubatan priskripsi, ramai lelaki yang yang mempunyai paras estrogen yang tinggi, yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. Kajian telah mendapati bahawa, disebabkan oleh sebab-sebab diatas, paras estrogen bagi lelaki dengan purata umur 54 tahun lebih tinggi daripada purata wanita berumur 99 tahun. Paras estrogen yang tinggi ini boleh mengurangkan paras testosterone, dan menyebabkan berlakunya simptom pembesaran prostat, keletihan, peningkatan lemak badan, kurang naksu seks dan kurangnya jisim otot.

Keseimbangan testosterone dan estrogen bagi lelaki

Apabila terdapat kurang testosterone, estrogen akan masuk dan melekat pada tapak sel reseptor testosterone di seluruh badan. Apabila paras estrogen mula meningkat dengan umur, testosterone tidak boleh untuk merangsang sel tersebut, dimana ini menyebabkan pengurangan nafsu, begitu juga libido. Estrogen berlebihan boleh menyebabkan:

    It can shut down normal testosterone production. Excess estrogen saturates testosterone receptors in the hypothalamus in the rain, thereby reducing the testosterone signal sent to pituitary gland, which, in turn, reduces the secretion of luteinizing hormone, the necessary trigger the gonads need to produce testosterone.
  • Ia boleh menghentikan penghasilan testosterone yang normal. Estrogen berlebihan menepukan reseptor testosterone dalam hipotalamus, dalam otak, oleh itu mengurangkan penghantaran signal testosterone kepada kalenjar pituitary, menyebabkan, pengurangan rembesan hormon lutein, iaitu pencetus yang diperlukan oleh gonad untuk menghasilkan testosterone.
  • Ia boleh meningkatkan penghasilan hormone badan - pengikat globulin (SHBG). SHBG mengikat testosterone dalam darah, dimana ia mengurangkan kuantiti bioavailable testosterone bebas dalam darah.
  • Ia juga boleh mengurangkan keefektifan terapi penggantian testosterone dengan menukarkan testosterone kepada estrogen. Istilah ini dikenali sebagai aromatization.
  • Ia juga meningkatkan risiko jangka masa panjang diabetic, penyakit jantung, gynecomastia dan sesetengah kanser (terutamanya prostat dan payudara lelaki)
Pencegahan kanser dengan I3C + DIM

I3C memodulatkan hormon estrogen dengan mengubah nisbah perlindungan dan 2-hydroxyestrone kurang kuat berbanding kerosakkan 16-hydroxyestrone. I3C juga mendorong detoksifikasi enzim fasa I dan II yang boleh membantu meneutralkan metabolit estrogen dan xenobiotik estrogen seperti bahan kimia alam sekitar. Kajian terhadap manusia menyokong peranan I3C dalam mengubah metabolism estrogen.

DIM pula membantu dalam mengekalkan paras normal potensi kerosakkan estrogen yang dikenali sebagai 4-hydroxyestrone. DIM apabila diambil dalam makan, menggalakkan metabolisma sendiri dan laluan metabolik khas untuk DIM dan enzim yang terlibat, dengan tepat bertindih dengan laluan yang diperlukan untuk metabolisma estrogen yang sihat.

elaki yang mengambil berat untuk kekal sihat, atau mengalami gejala-gejala yang tidak menyenangkan akibat paras testosteron yang rendah, atau sedang menjalani terapi penggantian testosteron, perlu menjalani ujian paras estrogen mereka. Jika ia terlalu tinggi, mereka perlu mengurangkan paras estrogen yang berlebihan ini kepada julat yang selamat selari dengan peningkatan paras testosteron mereka.

Bahan Aktif

  • Indole-3-carbinol (I3C) 50mg, Di-indolyl-methane (DIM) 100mg

Bentuk Produk: Kapsul - 60 kapsul

Kaedah pengambilan
  • Dewasa : Ambil 1 kapsul 2 kali sehari (selepas makan)
  • Kanak-kanak : Separuh daripada dos dewasa

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET