Apa itu Hydrocortisone?
  • Hormon steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal
  • Tergolong daripada kumpulan kortikosteroid atau lebih khusus dikenali sebagai glukokortikoid
  • Jumlah kortisol yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dikawal oleh kelenjar pituitari di dalam otak.

Jumlah kortisol dalam badan yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan dan kualiti hidup. Kortisol merupakan asas untuk keseluruhan sistem endokrin. Jika seseorang itu tidak mempunyai kortisol yang mencukupi, kualiti hidup mereka menjadi rendah. Mereka juga tidak boleh bertoleransi atau dapat manfaat daripada paras maksimum oleh tiroid, estrogen, DHEA atau testosterone.

Dapat membantu pesakit yang keletihan dan kesakitan dengan kaedah semula jadi dan dengan melakukan ujian air liur untuk menentukan paras kortisol, Dr. Lindner dari hormonerestoration.com menyatakan, kekurangan kortisol adalah perkara biasa, terutamanya di kalangan wanita. Wanita cenderung untuk mempunyai paras kortisol yang lebih rendah daripada lelaki. Kekurangan kortisol ini dikaitkan dengan keletihan, keresahan, kemurungan, fibromyalgia, dan penyakit autoimun di kalangan wanita.

Malah banyak kajian menunjukkan bahawa sistem hypoactive hypothalamic-pituitary-adrenal pada orang dengan masalah ini. Kajian juga menunjukkan bahawa SSRI anti-depressants bertindak ke atas otak untuk meningkatkan pengeluaran ACTH dan kortisol. Ini adalah salah satu sebab mengapa ia dapat mengurangkan banyak jenis simptom, dan juga mengapa ia begitu sukar untuk menghentikan pengambilannya (pengeluaran-kortisol). Malah, banyak ubat-ubatan yang disalah gunakan menunjukan peningkatan paras kortisol termasuk amfetamin, ganja, kokain, ecstasy, nikotin, dan juga kafein! Fakta ini, tidak syak lagi, salah satu sebab mengapa ubat-ubatan ini menyebabkan ketagihan terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai paras kortisol yang rendah dan mengapa untuk menghentikan pengambilan ubat ini adalah susah.

Apakah fungsi Hydrocortisone dalam badan?
  • Mengekalkan paras gula dalam darah bersama-sama dengan insulin
  • Diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan karbohidrat, protein dan lemak
  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat dan peredaran
  • Membantu tubuh sembuh daripada penyakit dan jangkitan.
  • Pengurusan tekanan
Apakah tanda-tanda kekurangan Hydrocortisone?
  • Perubahan dalam tekanan darah atau kadar jantung
  • Cirit-birit kronik
  • Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) dan simptomnya

Kekurangan kortison, seperti penyakit Addison, boleh menyebabkan banyak kesan sampingan yang serius.

Apakah yang menyebabkan kekurangan Hydrocortisone?
  • Rosak atau pembuangan kelenjar adrenal
  • Kelenjar pituitary tidak berfungsi untuk menghasilkan ACTH, hormon yang bertanggungjawab untuk merembesakan kortisol dalam badan
  • Hiperplasia adrenal kongenital (CAH). CAH menyebabkan kalenjar adrenal tersumbat kelenjar adrenal sehingga tidak dapat merembeskan kortisol.

Great Ormond Street Hospital, UK, melaporkan bahawa kelenjar adrenal boleh berhenti menghasilkan kortisol kerana apabila paras steroid cukup dalam badan. Oleh itu, steroid perlu diberhentikan secara perlahan-lahan untuk membenarkan kalenjar adrenal 'bangun' dan mula menghasilkan kortisol lagi.

Rawatan
  • Bersama-sama dengan hormon semula jadi yang dihasilkan dalam korteks adrenal, pengambilan suplemen sintetik juga boleh digunakan untuk merawat beberapa keadaan penyakit yang berbeza.
  • Hydrocortisone diambil sebagai pengganti apabila hormon semula jadi berkurang sama ada disebabkan oleh kegagalan atau kekurangan pengeluaran hydrocortisone oleh kelenjar korteks adrenal (Penyakit Addison) atau kegagalan adrenal, atau kekurangan yang disebabkan oleh kekurangan pituitari dari ACTH (hormon yang merangsang pengeluaran Hydrocortisone oleh kelenjar adrenal).
  • Terapi penggantian juga diperlukan bagi pesakit yang mempunyai hiperplasia adrenal kongenital (kecacatan kelahiran) atau dalam kes-kes di mana pembedahan kelenjar (adrenalectomy) telah dilaksanakan.
  • Hydrocortisone adalah sama seperti hormon semula jadi dalam badan dan berfungsi pada setiap bahagian badan untuk mengurangkan keradangan. Ubat-ubatan ini sering diperlukan apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon sendiri dengan mencukupi untuk memastikan semuanya dalam keadaan yang baik.
  • Hormon ini juga boleh dijumpai di farmasi-farmasi over-the-counter untuk mengurangkan rasa sakit otot dan keradangan.
Beberapa keadaan yang dirawat dengan kortikosteroid (hydrocortisone)
  • Masalah kulit - seperti psoriasis.
  • Penyakit radang - seperti asma, ulser kolitis, lupus dan beberapa bentuk artritis.
  • Kanser - terutamanya kanser yang berkaitan dengan sistem imun, seperti leukemia, limfoma dan pelbagai jenis myeloma.
  • Pemindahan organ - kortikosteroid yang digunakan untuk menghalang tindak balas imun badan supaya organ yang dipindahkan tidak ditolak.
  • Penyakit Addison - penyakit autoimun yang menghentikan kelenjar adrenal daripada menghasilkan hormon yang mencukupi, termasuk kortisol.

Kortison lebih kepada mengawal dan bukannya merawat penyakit Addison, dengan menggantikan kortisol yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh. Ini juga boleh berlaku dalam pengawalan penyakit pituitari. Dos yang diperlukan adalah lebih rendah daripada contoh-contoh di atas.

Walau bagaimanapun, jika diambil pada dos yang tinggi atau diambil dalam jangka masa yang panjang, rawatan ini boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, termasuklah osteoporosis (penipisan tulang). Oleh itu, doktor akan menetapkan dos hydrocortisone yang terendah tetapi berkesan untuk pesakit mereka dan pesakit perlu dipantau dari masa ke semasa.

Rumusan yang digunakan
  • Hydrocortisone (kapsul sayuran)
Apakah kebaikan pengambilan suplemen Hydrocortisone?
  • Meningkatkan mood dan tenaga.
  • Fungsi mental yang lebih baik.
  • Meningkatkan kualiti tidur.
  • Meningkatkan keupayaan dalam menangani tekanan fizikal dan emosi.
  • Membantu alahan dan penyakit autoimun.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET