Apa itu Estrogen/Oestrogen?
  • Hormon seks utama wanita dan hormone yang untuk kitaran haid.
  • Sebatian steroid yang penting untuk pembentukan dan fungsi wanita.
  • Ia dinamakan estrogen/oestrogen kerana peranannya yang penting bagi kitaran estrous . diambil dari perkataan estrus/oistros (tempoh kesuburan bagi mamalia betina) + gen/gonos = untuk menjana.
  • Terdapat 3 jenis estrogen bio-identical. Iaitu estrone (E1), estradiol (E2) dan estriol (E3), ketiga-tiganya mempunyai tahap estrogenik dan sifat biologi yang berlainan.
Estrone (E1)
  • Estrogen yang kuat
  • Terdiri antara 10-20% daripada estrogen dalam badan.

"Estron didapati tidak berkesan dalam mengurangkan symptom menopaus dan mempunyai banyak kesan sampingan yang tidak diingini. Malah, keupayaannya dalam menggalakkan pertumbuhan tisu payudara yang boleh membawa kepada peningkatan risiko kanser payudara"

Estradiol (E2)
  • Estrogen yang utama dalam badan dan yang paling kuat.
  • Terdiri antara 10-40% daripada jumlah estrogen dalam badan.
  • Sangat berkesan dalam merawat kebanyakan simptom menopaus, terutamanya rasa panas dan kekeringan faraj.

"Oleh kerana estradiol begitu kuat, hanya dos yang kecil sahaja diperlukan. Estradiol yang melebihi dos boleh menyebabkan banyak kesan sampingan yang tidak diingini seperti sakit kepala, pengumpulan bendalir, dan pendarahan. Dos yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko endometrium, kanser payudara dan pembekuan darah yang membawa kepada serangan sakit jantung atau strok . Oleh itu, adalah penting untuk memastikan dos estradiol yang terendah tetapi efektif dan keaktifannya stabil dengan jumlah progesterone. Salah satu cara untuk mengurangkan dos estradiol adalah dengan menggabungkannya bersama estrogen yang kurang kuat, iaitu estriol".

Estriol (E3)
  • Estrogen yang paling lemah (kesan estrogenik yang lebih rendah berbanding estradiol atau estrone).
  • Terdiri antara 50-80% daripada estrogen dalam badan.
  • Berkesan dalam merawat kebanyakkan symptom menopaus.
  • Mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi terhadap reseptor estrogen pada tisu payudara yang merupakan perlindungan daripada kanser payudara (terbukti secara klinikal)
  • Mengelakkan daripada terkena kanser payudara

"Estriol adalah rawatan yang berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang lebih rendah berbanding estrogen-estrogen yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memastikan kesannya menyamai dos progesteron".

Fungsi Fizikal
  • Bertanggungjawab dalam pembentukan badan wanita dan ciri-ciri seksual sekunder.
  • Membantu dalam peningkatan ketinggian secara pelahan bagi wanita semasa baligh, mempercepatkan pembakaran lemak dan mengurangkan sebahagian besar otot.
  • Merangsang pertumbuhan lapisan dalam rahim (endometrium) semasa kitaran haid, meningkatkan pertumbuhan rahim , meningkatkan pelinciran faraj, dan menebalkan dinding faraj dalam masa yang sama meningkatkan saluran darah pada kulit
Kesan ke atas pelbagai parameter biokimia
  • Mengurangkan penyerapan tulang dan meningkatkan pembentukan tulang.
  • Membantu dalam sintesis protein, meningkatkan penghasilan hepatik pengikat protein, protein pembekuan (faktor II, VII, IX, X, plasminogen).
  • Meningkatkan platelet pelekat dan mengurangkan antithrombin III.
  • Meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan juga trigliserida.
  • Mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan menggalakkan pemendapan lemak.
  • Punca garam (sodium) dan pengempulan air pada cecair dan elektrolit.
  • Mengurangkan motilitas usu dalam saluran gastrousus dan meningkatkan kolesterol dalam hempedu.
  • Meningkatkan fungsi paru-paru.
Kesan pada hormone
  • Meningkatkan kortisol dan hormon seks pengikat globulin
  • Meningkatkan melanin (pigmen yang terdapat pada kulit dan rambut) dan pheomelanin (sejenis melanin yang memberikan warna-warna kemerahan pada badan), mengurangkan eumelanin (jenis melanin lain yang memberikan warna coklat atau hitam pada badan)
Estrogen dan kanser
  • Membantu dalam pertumbuhan dan penyelenggaraan hormone sensitif kanser payudara
Estrogen dan tumbesaran janin
  • Membantu dalam membezakan fizikal janin sama ada lelaki atau perempuan seperti dalam kod genetik mereka, estrogen memberikan sifat keperempuanan janin.
Estrogen dan kesihatan mental
  • Penting dalam penjagaan kulit manusia. Dengan meningkatkan kandungan kolagen dan kualiti, kemudian meningkatkan ketebalan kulit dan meningkatkan bekalan darah ke kulit.
Estrogen dan penyakit jantung
  • Kekurangan estrogen menyebabkan meningkatnya risiko penyakit jantung
  • Kekurangan estrogen adalah pemangkin kepada aterosklerosis
Estrogen bagi lelaki
  • Lelaki juga mempunyai reseptor estrogen. Tahap estrogen bagi lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita yang pasca menopaus.
  • Bertanggungjawab dalam memulakan spermatogenesis atau pembentukan dan kematangan sperma lelaki.
  • Membantu kekuatan tulang, kematangan seksual dan metabolisme kolesterol.
    • "Tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan kanser payudara, dan tidak ada boleh menjelaskan mengapa terdapat peningkatan dalam kes-kes kanser payudara. Wanita lebih cenderung untuk mendapat kanser payudara berbanding lelaki; nisbah kira-kira 100:1. Badan wanita menghasilkan lebih estrogen daripada lelaki. Dan ini menyebabkan ramai orang percaya bahawa estrogen yang menyebabkan kanser payudara. Kenyataan ini adalah tidak benar. Kerana paras estrogen wanita berkurangan apabila semakin meningkat usia, menurun dengan banyak selepas putus haid, akan tetapi peningkatan kes kanser payudara adalah apabila meningkatnya usia. Nisbah 1:8 wanita mendapat kanser payudara adalah dikalangan wanita lebih 90 tahun. Nisbah bagi wanita 50an pula adalah 1:50. Oleh itu, terdapat banyak ladi faktor yang membawa kepada kanser payudara selain estrogen. Estrogen adalah hormon yang banyak kebaikannya, kerana ia memulakan perkembangan tisu apabila badan perlukannya. Estrogen juga memberikan tindak balas yang baik kepada tekanan".

      Untuk biest, kami hanya menggabungkan estradiol dan estriol sahaja.

      Adalah penting untuk diingatkan bahawa, pakar perlu menggunakan dos hormone yang rendah tetapi efektif dan keaktifannya yang stabil.

      Julat normal estrogen bagi wanita
      • Paras estrogen turun naik semasa kehamilan untuk meningkatkan aliran darah ke rahim dan merangsang pengeluaran susu selepas bersalin. Dan selepas bersalin, paras menurun dengan cepat.
      • Paras estrogen yang cukup diperlukan untuk mengekalkan tulang yang sihat, maka ramai doktor yang memulakan terapi hormon bagi wanita menopaus. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita memerlukan estrogen yang lebih tinggi untuk mengelakkan rasa panas tiba-tiba.
      Simptom-simptom fizikal kekurangan estrogen
      • Panas tiba-tiba
      • Berpeluh malam
      • Faraj kekeringan dan gatal
      • Kurang nafsu seks
      • Mood yang berubah-ubah
      • Sering terkena jangkitan urinary (akibat daripada kekeringan faraj)
      Simptom psikologi kekurangan estrogen
      • Kemurungan
      • Hilang tumpuan
      • Mudah marah
      Apa yang menyebabkan paras estrogen berkurang?
      • Pasca menopaus dan menopaus
      • Hypogonadism (Pengurangan atau ketiadaan rembesan hormon atau aktiviti fisiologi lain oleh gonad (testis atau ovary))
      • Hypopituitarism (rembesan hormone oleh kalenjar pituitary berkurang)
      • Kegagalan dalam kehamilan
      • Polycystic ovarian syndrome (PCOS) (ketidakstabilan hormone)
      • Anorexia nervosa
      • Senaman yang melampau
      • Ubat yang boleh mengurangkan paras estrogen seperti clomiphene.
      • Sejurus selepas bersalin dan juga semasa menyusukan bayi.
      Apa yang berlaku jika terjadinya kekurangan estrogen (wanita)
      • Meningkatkan risiko sakit jantung
      • Strok
      • Osteoporosis
      • Rapuh
      Estrogen & HRT
      • Sebagai profilaksis (sebagai langkah pencegahan terlebih dahulu) terhadap osteoporosis dan aterosklerosis.
      • Untuk merawat semua simptom menopaus yang disebabkan oleh paras estrogen yang rendah.
      Formulasi yang digunakan
      • Biest cream; bio-identical (gabungan Estradiol (E2) and Estriol (E3))
      Atlet adalah berisiko terhadap paras estrogen. Mengapa?

      Atlet wanita, model dan ahli gimnas selalunya memiliki lemak badan yang rendah ; dengan itu penghasilan hormon seks tidak mencukupi. Ia juga boleh menjadi masalah kepada wanita yang mempunyai gangguan makan. Wanita ini juga mengalami masalah pemberhentian haid, yang dikenali sebagai amenorea. Mereka boleh mendapat osteopososis (tulang nipis) dan keretakan serta keadaan lain yang biasa terjadi pada kalangan wanita yang lebih tua selepas menopaus.

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET