Apa itu 7-Keto DHEA?
  • 7-keto DHEA adalah metabolit daripada hormon adrenal, Dehydroepiandrosterone (DHEA).
  • 3-asetil-7-Oxo-Dehydroepiandrosterone, atau 7-keto, adalah terjadinya daripada produk semula jadi (metabolit bukan hormon) DHEA yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, otak dan kulit.
  • Bertindak sebagai metabolit yang paling penting di antara 150 metabolit lain yang dihasilkan oleh DHEA.
  • Tidak seperti DHEA, 7-keto-DHEA tidak akan ditukar kepada hormon steroid seperti androgen dan estrogen.
  • Oleh itu, dengan pengambilan 7-keto-DHEA secara oral atau diaplikasikan pada kulit tidak akan meningkatkan paras hormon steroid dalam darah.

Para penyelidik telah mengklasifikasikan 7-Keto DHEA sebagai bahan aktif DHEA. Kajian pada haiwan menemui 7-Keto DHEA adalah 2.5 kali lebih berkesan daripada DHEA dalam meningkatkan enzim hati termogenik. Aktiviti enzim mitokondria yang optimum adalah penting untuk pengeluaran tenaga selular untuk aktiviti mental dan fizikal.

Apakah kebaikan 7-Keto DHEA?

1. Berat Badan

  • 7-keto DHEA telah terbukti secara klinikal dapat mempercepatkan metabolisme dan menggalakkan penurunan berat badan yang sihat. Salah satu cara yang menyumbang kepada penurunan berat badan adalah dengan memperbanyakkan aktiviti enzim termogenik yang bertanggungjawab untuk pengoksidaan asid lemak. Penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen 7-keto meningkatkan acyl CoA-oxidase sebanyak 128%, enzim malic dengan 860%, dan gliserol-3-fosfat dehidrogenase 138%.
  • Ketiga-tiga enzim yang disebut di atas; iaitu acyl CoA-oxidase, enzim malic dan gliserol-3-fosfat dehidrogenase adalah enzim yang memangkinkan tindak balas kimia.

2. Sistem imun

  • 7-keto DHEA juga dapat menguatkan sistem imun badan dengan meningkatkan pengeluaran sel darah putih.
  • Dengan pengambilan 7-keto, monyet monyet yang dijangkiti HIV mengalami peningkatan berat badan, peningkatan 5 kali sel-sel T, dan kesihatan bertambah baik secara keseluruhan.
  • The Minnesota Applied Research Center telah melakukan ujian klinikal terhapat manusia selama 4 minggu untuk menentukan kesan 7-keto pada lelaki dan wanita tua. Kajian mendapati terdapat pembaikkan dalam fungsi imun, dan juga peningkatan dalam sel-sel penolong imun, meningkatkan sel-sel darah putih dan menurun tekanan darah selepas mengambil suplemen 7-Keto DHEA.

3. Anti-Penuaan

  • 7-Keto DHEA dikatakan suplemen yang penting bagi anti-penuaan dan kesihatan.
  • Sebagai metabolit semulajadi hormone DHEA, 7-keto secara semulajadi berkurangan dengan peningkatan umur mengikut kadar yang sama dengan hormon induknya, iaitu DHEA. Paras 7-keto adalah tinggi sehingga mencapai umur 20 tahun. Ketika mencapai 30 tahun, kepekatan darah mula menurun, dan berkurangan sehingga 50% pada usia 50 tahun. Penurunan dalam DHEA dan 7-keto boleh membawa kepada penguasaan hormone tekanan kortisol, yang boleh menyebabkan penuaan dan penyakit.
  • 4. Fibromyalgia

    DHEA menurun dengan peningkatan umur dan lebih rendah bagi sesetengah pesakit fibromyalgia. 7-Keto DHEA mengekalkan dan meningkatkan aktiviti DHEA, akan tetapi tidak akan dimetabolismekan menjadi testosteron atau estrogen yang tidak diingini.

    Formulasi yang digunakan

    • 7-Keto DHEA (kapsul sayuran)

© Hakmilik 2014 Rxidence. Web disokongoleh SOLNET