Apa itu 5-HTP?
  • 5-HTP merupakan sebatian kimia yang dihasilkan secara semulajadi didalam badan dan ditukar menjadi serotonin, iaitu hormon yang penting untuk mengawal mood anda. Sesetengah doktor menyatakan bahawa 5-HTP boleh menjadi penahan selera semulajadi. 5-HTP jujga secara semulajadinya dihasilkan dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan, termasuklah biji benih griffonia simplicifolia, renek afrika barat.
  • 5-Hydroxytryptophan (5HTP), yang juga dikenali sebagai oxitriptan (INN), iaitu amino yang terhasil dan pelopor kimia, ia juga merupakan perantaraan metabolik dalam biosintesis neurotransmitter serotonin dan melatonin daripada tryptophan.
  • Tindakan psikoaktif 5-HTP kesan daripada penghasilan serotonin pada tisu pusat. Untuk lebih khusus, 5-HTP meningkatkan penghasilan serotonin.
Bagaimanakah 5-HTP berfungsi?
  • Badan kita menghasilkan 5-HTP secara semulajadi daripada tryptophan dan kemudian menunkarkannya kepada serotonin. Neurotransmitter ini mempunyai kesan yang kuat pada otak. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan mood seseorang, ia juga boleh menahan lapar dan membantu mengurangkan berat badan.
  • Doktor-doktor akan menyarankan pesakit mengambil suplemen 5-HTP daripada mengambil suplemen serotonin, kerana 5-HTP boleh sampai ke otak melalui salur darah, manakala serotonin tidak boleh. Untuk ia sampai ke otak, sebatian-sebatiam kimia ini perlu melepasi halangan darah otak (blood brain barrier), yang membenarkan sebatian-sebatian ini memasuki otak. Oleh itu, anda perlu mengambil suplemen yang boleh melepasi halangan tersebut, seperti 5-HTP, bagi meningkatkan paras serotonin dalam otak.
  • Apabila paras serotonin meningkat, rasa lapar akan hilang dan anda akan rasa kenyang lebih cepat tanpa perlu menyekat pengambilan makanan anda.
Kebaikan 5-HTP

Selain daripada dapat mengurangkan berat badan, 5-HTP telah lama digunakan dan dikaji untuk pelbagai kegunaan. Ia telah terbukti berguna dalam mengurangkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah:

  • Kemurungan
  • Gangguan keresahan dan serangan panik
  • Pemgambilan alcohol berlebihan
  • PMS
  • Berat badan berlebihan
  • Gangguan pemakanan seperti bulimia
  • Gangguan obsesif-kompulsif
  • Insomnia
  • Impuls ganas yang tidak terkawal

Semua keadaan ini berjaya dirawat dengan 5-HTP. Terdapat indikasi diamana masalah-masalah diatas kemungkinan besar disebabkan oleh disfungsi otak yang boleh ditingkatkan dengan 5-HTP

Dakwaan ini telah disokong dan terbukti lebih 35 tahun dalam ujian klinikal manusia dan kajian pada binatang. 5HTP itu sendiri tidak boleh berfungsi terhadap organ-organ khusus secara langsung. 5-HTP ini hanya berperanan sebagai pelopor, atau bahan mentah bagi kegunaan sesetengah sel untuk menghasilkan serotonin neurotansmiter.

Bagaimanakah 5-HTP ini dapat mengurangkan berat badan anda?
  • Badan menghasilkan sebatian kimia ini dan kemudian menukarkannya kepada serotonin. Serotonin ini kemudia digunakan untuk menyekat selera makan anda dan meningkatkan mood…. Seterusnya, berat badan anda akan berkurang. Untuk kesan yang lebih baik, doktor akan menyarankan pengambilan suplemen 5-HTP sebenar vs serotonin. Mengapa? Kerana serotonin tidak boleh memasuki otak secara langsung daripada salur darah seperti 5-HTP. Ini perlu untuk meningkatkan paras serotonin dalam otak. Apabila paras serotonin dalam otak meningkat, maka rasa lapar anda akan hilang dan anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Sejarah 5-HTP dalam penurunan berat badan
  • Pada tahun 1975, para penyelidik telah memberikan 5-HTP kepada tikus-tikus yang dibiak dengan telebih makan dan obes, keputusan mendapati bahawa terdapat pengurangan besar dalam pengambilan makanan tikus-tikus ini (6). Didapati bahawa tikus-tikus ini menunjukkaan pengurangan aktiviti enzim yang menukarkan tryptophan kepada 5-HTP dan seterusnya kepada serotonin. Dengan kata lain, tikus-tikus ini mempunyai berat badan berlebihan secara genetiknya mempunyai tahap aktiviti enzim yang memulakan penghasilan serotonin daripada tryptophan yang rendah. Maka, mesej tidak akan sampai kepada tikus-tikus ini untuk berhenti makan, sehinggalah pengambilan makanan mereka adalah lebih banyak berbanding tikus biasa

Terdapat banyak bukti yang menunjukan bahawa kebanyakan manusia terdedah kepada obesiti secara genetik. Dengan kata lain, mereka yang terdedah kepada berat badan berlebihan ini kerana mereka mempunyai penurunan dalam penukaran tryptophan kepada 5-HTP dan, secara langsung menurunkan paras serotonin. Dengan pengambilan 5-HTP, kecacatan genetik ini boleh diatasi dan lebih serotonin dapat dihasilkan. 5-HTP dapat menghentikan rasa lapar.

Kajian 5-HTP
  • Kajian mengenai 5-HTP ini telah dikaji lebih daripada 30 tahun. Terdapat juga ujian klinikal yang membuktikan bagaimana efektifnya ia dalam mengurangkan kandungan kalori yang anda makan.
  • Satu kajian mengambil wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan memberikan sebahagian daripada mereka 200mg 5-HTP diambil sebelum makan. Yang lain pula hanya diberi placebo. Mereka yang mengambil 5-HTP sebenar berupaya untuk mengurangkan lebih daripada 10 pound dalam masa 12 minggu. Bagi mereka yang mengambil placebo? Berat badan mereka hanya berkurang sebanyak 2 pound sahaja. Selepas kajian lebih mendalam dibuat, pakar mengatakan bahawa 5-HTP merupakan suplemen yang berkesan jika anda sentiasa menginginkan makanan (karbohidrat khususnya)
  • Kajian kedua dijalankan untuk mengenalpasti sama ada 5HTP membantu individu-individu yang mempunyai berat badan berlebihan ini mematuhi cadangan pemakanan (9). Kajian selama 12 minggu ini dibahagikan kepada 2 kali tempoh 6-minggu. Untuk 6 minggu pertama, tiada cadangan pemakanan; kemudiannya pada minggu kedua, wanita diberikan diet 1200 kalori. Seperti yang ditunjukkan pada jadual 1, wanita yang hanya diberikan placebo telah kehilangan 2.28 pound, manakala wanita yang mengambil 5HTP telah kehilangan sebanyak 10.34 pound. Seperti kajian-kajian terdahulu, 5HTP menunjukkan dapat menggalakan pengurangan berat badan dengan memberikan rasa kenyang dan ini akan membawa kepada pengambilan kalori yang sedikit pada waktu makan. Wanita-wanita yang mengambil 5HTP dilaporkan berasa kenyang lebih awal.
  • Didalam kajian ketiga yang melibatkan 5HTP, untuk 6 minggu pertama tiada sekatan makanan yang ditetapkan, dan untuk 6 minggu kedua pula wanita diberikan diet 1200 kalori sehari. Keputusan daripada kajian ini lebih menganggumkan daripada kajian sebelumnya. Kumpulan yang menerima 5HTP secara puratanya telah kehilangan 4.39 pound pada minggu ke-6 dan 11.63 pound pada minggu ke-12 (Mereka kehilangan berat badan tanpa perlu berdiet pada separuh pertama kajian). Dalam perbandingan, kumpulan yang diberi placebo secara puratanya hanya kehilangan sebanyak 0.62 pound sahaja pada minggu ke-6 dan 1.87 pound pada minggu ke-12. Kekurangan jumlah kehilangan berat badan semasa 6 minggu yang kedua dalam kumpulan placebo jelas menunjukkan bahawa wanita mempunyai kesukaran dalam mengamalkan diet.
Bagaimanakan cara mengambil 5HTP?
  • Untuk permulaan, mulakan dengan 5HTP berdos kecil. Mulakan dengan 50mg, 3 kali sehari. Ambil 20-30 minit sebelum makan
  • 5HTP tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak
Kajian sokongan

1. Angst J, Woggon B, Schoepf J. The treatment of depression with L-5-hydroxytryptophan versus imipramine. Results of two open and one double-blind study. Arch Psychiatr Nervenkr. 1977;224:175–186.

2. Attele AS, Xie JT, Yuan CS. Treatment of insomnia: an alternative approach.Altern Med Rev. 2000;5(3):249-259.

3. Birdsall TC. 5-Hydroxytryptophan: a clinically-effective serotonin precursor. Altern Med Rev. 1998;3:271–280.

4. Byerley WF, et al. 5-Hydroxytryptophan: a review of its antidepressant efficacy and adverse effects. J Clin Psychopharmacol. 1987;7:127-137.

5. Cangiano C, et al. Effects of oral 5-hydroxy-tryptophan on energy intake and macronutrient selection in non-insulin dependent diabetic patients. Int J Obes Relat Metab Disord. 1998; 22:648-654.

6. Cangiano C, Ceci F, Cascino A, et al. Eating behavior and adherence to dietary prescriptions in obese adult subjects treated with 5-hydroxytryptophan. J Clin Nutr. 1992;56:863-867.

7. Caruso I, Sarzi Puttini P, Cazzola M, et al. Double-blind study of 5-hydroxytryptophan versus placebo in the treatment of primary fibromyalgia syndrome. J Int Med Res. 1990;18:201-209.

8. Cauffield JS, Forbes HJ. Dietary supplements used in the treatment of depression, anxiety, and sleep disorders. Lippincotts Prim Care Pract. 1999; 3(3):290-304.

9. Ceci F, Cangiano C, Cairella M, Cascino A, et al. The effects of oral 5-hydroxytryptophan administration on feeding behavior in obese adult female subjects. J Neural Transm. 1989;76:109-117.

10. Curcio JJ, Kim LS, Wollner D, Pockaj BA. The potential of 5-hydryxtryptophan for hot flash reduction: a hypothesis. Altern Med Rev. 2005;10(3):216-21.

11. DeBenedittis G, Massei R. Serotonin precursors in chronic primary headache. A double-blind cross-over study with L-5-hydroxytryptophan vs. placebo. J Neurosurg Sci. 1985; 29:239-248.

© Copyright 2014 Rxidence. Web Support by SOLNET